Wednesday, July 29, 2015

Oooo Yeah ! 365

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !

Nak tahu dak kenapa cik wanie rajin yang amat sangat arini? haaa, sebab cik wanie dah dapat apa yang cik wanie nak. apa yang cik wanie nak? haaaa, nilah yang nak diceritakan kat korang semua. Kan cik wanie pernah gtau yang cik wanie adore sesangat kat Dr.AFL ni kan. apa ! tak tahu apa tu Dr.AFL? ish, korang ni melampau tau.

Dr.AFL tu singkatan kepada Doktor Anwar Fazal dan Doktor Fatin Liyana. Depa ni kan suami isteri. kan ada dalam post yang lalu tentang depa dua ni. haaa, yang tu la. Aritu cik wanie dah dapat buku DIAgnosis dan DIAgnosis 2 tulisan daripada mereka berdua dan beberapa orang kawan doktor mereka. Memang sangat superb la tulisan mereka. meresap ke dalam jantung cik wanie tau. Melalui buku tu la cik wanie faham tentang tugas seorang doktor, faham tentang tuntutan dalam perubatan dan memacam lagi la. tetiba rasa nak jadi doktor. tapi bukan rezeki cik wanie. kalau tak mesti orang panggil cik wanie doktor wanie. ahaks ! berangan pun boley hapaaa.

So, ari isnin lepas baru je release satu lagi penulisan sepenuhnya oleh Dr.Anwar Fazal (Dr.AF). Buku yang dinanti-nanti sekian lama oleh cik wanie dan pengikut setia Dr.AF berjudul 365. Apa tu 365? haa, korang kenalah beli dan baca sendiri. So, arini cik wanie hepi sebab buku yang cik wanie order ari isnin tu dah sampai. Oooo yeahhh. Bermula arini, rerajin la cik wanie baca buku. hihihi. korang jangan dengki lak tau. Buku sangat cantik dan menarik, apatah lagi isinya. haiii melting gila kot. Nak bukak pun rasa berdebar n sayang. hahaha. gila ke hapa cik wanie ni kan. Overdose oiiii.

 Jeng, jeng, jeng ! Inilah bukunya ! Chantekkan !

Salah satu muka surat yang menarik. 

Korang nanti free-free boleh baca blog Dr.Fatin Liyana (Dr.FL). sebab Dr.FL ada update sal buku ni jugak tau. dan kalau korang rasa nak beli buku ni, korang boleh beli online je tau. dekat kedai buku tak masuk lagi ye. Jom reramai kita grab buku tu. Banyak manfaatnya untuk kita. 365 muka surat yang sarat dengan ingatan bersifat ketuhanan, bak kata Dr.FL.

p/s : semoga kita sama-sama dapat manfaat dari penulisan Dr.AF ni. 


Selamat Membaca !

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie!

Jumpa lagi. Daaaaaaaaaa (bukan nama orang tau)

Get your 365 now at www.whitecoat.com.my
(Only available online at the moment)
Price : rm30
 
(eh, tercopy lak!)

Post Raya !

Assalamualaikum beb ! Hai uollss ! Ahaks

Uish, bersarang abih blog cik wanie ni. Lama bebeno nye cuti ghaye ye ! Ish ish ish. Sungguh dahsyatnya raya ku tahun ini. hihihi. termenyanyi lak. Sorry la korang. cik wanie bukannya beraya sangat pun, cuma xdek mood sangat nak mengupdate blog ni. angin monsun tropika la kot. hahahaha ! Nasib badan la oiiiii.

Alhamdulillah, dah 13 hari kita beraya ye. kejap je masa berlalu ni. bak kata kumpulan inteam dan unic dalam lagu mereka, " berlalu ramadhan fajar syawal menjelma, muslimin muslimat menyambut hari raya !! " sambung sendiri la ye. hikhikhik.Jom kita borak sal raya nak? erm, cik wanie xdek yang menarik sangat pun. masih sama seperti dulu, keseorangan. eh, tersasul. hihihi. beraya belah famili cik wanie je, belah pasangan belum lagi. hahah. korang faham kan? faham latew kalau tersengih macam kerang busuk je gayanya.

Untuk raya pertama, famili cik wanie macam bersedondon lak, sedangkan tak bersepakat pun. Tema warna kami tahun ni purple a.k.a ungu. kau hadow? hahahah. cuma 2 famili je yang tak sama warna. kira macam sedondon la jgk kan? hahaha. Raya kedua lak dah jadi macam cerca merba dah. masing-masing warna lain. hahaha. adat la tu kan. xmampu aih cik wanie nak beli warna yang sama setiap hari. jatuh terbungkang la jawabnya.huhuhu.

Ada satu famili yang takde dalam gamba ni. p beraya katanya lah..

Tahun ni cik wanie n famili tak p beraya sangat. Sebab ramai yang dilanda kurang kesihatan. Eh, boleh eh cakap camtu? dengan kata lain, demam dan tak sihat tubuh badan la ye. Hahaha. So, dalam 3, 4 buah rumah je yang sempat pegi. tu pun, umah yang dekat sekangkang kera je. hahah. jangan marah ye semua.

Ok lah, cik wanie xdek benda sangat nak kongsikan, so cik wanie akan kongsikan gamba-gamba yang tak seberapa havoc ni ye.

Selamat membaca n selamat melihat. hihihi !

 Gamba ni di awal pagi sejurus selepas solat sunat aidilfitri

Hero yang kat tengah tu memang susah nak amik gambar dia. so, kami pun guna kuasa yang ada. hahaha

Lepak umah sebelah sementara tunggu orang datang. ahaks !

anak sedara cik wanie menggila di waktu petang. cik wanie tak menggila ye..eh !!

Ala, anak tido lak. raya kedua umah ayah wa (pak sedara)

sebahagian dari famili cik wanie dan famili ayah wa ! fokus pada cik wanie di depan ye.

saja bawak depa p beraya dekat pizza hu ! (dengan nada macam yang dalam iklan ye)

satu je sempat dengan kengkawan. xdan masa nak p semua umah. huhuhu

Jumpa lagi ! Daaaaaaaaaa (bukan nama orang ye !)

Terima kasih sudi singgah dan baca blog cik wanie !!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Kullu 'Am wa Antum Bikhair

Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan DiTangisi, Syawal Dirai !

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks

Pe habaq angpa rini? Mesti dah tak sabarkan. Entah-entah asyik duk kira minit dan jam je kan? ye ke idok? Eh, korang tak sedih ke ramadhan dah nak pergi ni? Tahun depan lak akan jumpa dengan ramadhan ni. Tu pun kalau panjang umO la kan. So, macam mana prestasi ramadhan korang untuk tahun ni? Ada baiknya sebelum yang lepas atau makin merudum? Jangan cakap makin merudum ye. At least biarlah bertambah 10% pun. Kira satu peningkatan yang baik la tu

Semoga kita semua berpuas ati dengan ramadhan kali ini ye. So, walaupun ramadhan dah berlalu pergi, kita masih lagi boleh teruskan amal ibadah kita macam yang kita buat bulan ramadhan ni. Macam qiamullail ke, sedekah ke, berzikir ke dan seangkatan dengannya. Jangan cakap cik wanie tak payung ye! Syawal-syawal jugak ye, jangan sampai lupa amal ibadah ye.

Ok la, sempena dengan dah nak berakhir ramadhan ni yang masih berbaki 1 hari, cik wanie nak ucapkan tahniah la sebab kita sama-sama dapat lalui ramadhan dengan baik tahun ni. Dapat istiqamahkan terawih, dapat berqiamullail dan seangkatan dengannya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang sebelum-selumnya. Dan paling penting, semoga kita semua masih diketemukan dengan ramadhan yang akan datang. InshaAllah, biiznillah.
Cik wanie berlagak ala-ala diva ckit ye !!

Disamping itu jugak, cik wanie nak ambil kesempatan yang sedikit ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang sudi menyinggah dan membaca blog cik wanie ni ye. Yelah, cik wanie sedar blog cik wanie ni xdeklah femes dan hebat macam blog blogger-blogger yang terkenal tu. Yang penting, cik wanie sukeeeeeeeeeee. Yeayyy. Bahagianya tuh di sini okei. Berayalah dengan sederhana ye. Ingatlah pada saudara-saudara kita yang berada jauh nun di sana yang tak dapat meraikan syawal macam kita.
Especially to all my anak sedara, n yang mengharapkan duit raya daripada cik wanie. so, bebanyak tau... Bukan tak sudi, cuma xmampu jek....


Bajet raya cik wanie tahun ni sangatttt ckit. So, no duit raya okei. Yang ada cuma biskut raya. ahaks !! Yang mana masih dalam perjalanan untuk pulang ke kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya ye. Biar lambat, asal selamat tau. Takkan lari nya gunung dikejar tu. Ingatlah orang yang tersayang.

So, di sini cik wanie nak kongsi sedikit tentang perkara-perkara sunnah dalam menyambut Eidul Fitri dan kesilapan-kesilapan hari raya yang sering kita lakukan. Antaranya ;-

# Perkara-perkara Sunnah Dalam Menyambut Eidul Fitri :-

1) Solat Raya
2) Mandi Raya
3) Makan sebelum pergi solat raya
4) Berjalan Kaki ke Masjid
5) Pergi dan pulang masjid ddengan jalan yang berbeza
6) Mandi sebelum solat raya
7) Memakai pakaian yang cantik
8) Memakai wangi-wangian
9) Bertakbir





# Kesilapan-kesilapan Hari Raya Yang Sering Berlaku :-

1) Pergaulan bebas dengan bukan mahram contohnya bersalam-salaman dengan sepupu dan sebagainya.
2) Pakaian yang tidak menutup aurat
3) Menjadikan hari raya sebagai hari kesedihan contohnya dengan menjadikan menziarahi kubur sebagai satu amalam kebiasaan di hari raya
4) Mengabaikan solat jemaah bagi lelaki.
5) Bermain mercun sehingga mengganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri.
6) Perempuan tidak pergi solat raya kerana sibuk menyediakan hidangan dan mengemas rumah.


Semoga bermanfaat untuk panduan kita semua. Sekali lagi, cik wanie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir & Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Kullu Am Wa Antum Bikhayr.

p/s : Jemputlah beraya umah cik wanie ye. Selamat bercuti semua. Jumpa lagi minggu depan. daaaaaaaaaa

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie ye !!!

Thursday, July 9, 2015

Bahagia Tuh Di Mana ??

Assalamualaikum beb ! Hai uollss ! Ahaks

Arini tetiba lak rasa nak upload gamba bebanyak. so, korang kena tengok la ye. Ari ahad ritu cik wanie cuti. yelah, bukan cik wanie je yang cuti, seluruh rakyat Kelantan cuti sebab forward yang cuti hari nuzul al-quran. so, cik wanie pegi la join program ni. bersama beliawanis pengkalan chepa. kawasan cik wanie punya. kami buat program bukak puasa sesama sesambil tadarus surah an-nur iaitu surah dan ayat yang dipilih untuk ramadhan 2015.

Pesertanya xdek la ramai sangat. dalam 20 orang ++ gitu. so, cik wanie as a coordinator cuma pastikan program berjalan lancar. cik wanie yang uruskan jemputan ceramah tadarus dan juga kuiz untuk adik-adik peserta. Dan cik wanie sempat jugak mengacarakan untuk sesi taaruf bersama adik-adik. Selama berlangsung program tu, rasa sangat gumbira walaupun orang tak ramai. Yelah nak buat macam mana geng cik wanie pun dah memang havoc.

So, nanti kat bawah cik wanie masukkan gamba-gamba yang terpilih ek. Untuk tatapan korang. hahahha..Papepun, terima kasih kepada pengarah program my beloved friend Faddy Dillah, dan tentunya geng susah senang gembira bersama asma' ella, kah atikah, k.adyana, wan nazihah, syila idris, k.farah, k.syue, k.sarah dan semua geng ameerah peng.chepa.

Nanti kita berprogram lagi ye. Last but not least of koj la adik-adik peserta yang sudi hadir memeriahkan suasana. Maafkan cik wanie ye kalau ada yang terkurang dari pihak kami.. So, see u all soonnnnnn...daaaaaaaaaaaaaaaa

Untuk tontonan dan tatapan korang yang osemmm !!


 Gamba dua kat atas ni waktu cik wanie tengah handle sesi taaruf dengan adik-adik peserta. Ahaks ! (maaf la ye, cik wanie xsuka sangat bercakap ni..:P)

Adik-adik duk khusyuk dengar taujihat istimewa dari bonda Adun Kijang, YB Wan Ubaidah Omar
Yang ni lak sesi tadarus surah An-Nur. Penceramah jemputan tu adalah Mama cik wanie tau. Tapi bukan mama sebenar la..hihihi.. Pernah mengajar cik wanie dulu, Ustazah Nasuha.
Yang ni lak ucapan aluan daripada Timb. Pengarah Ameerah Peng.Chepa, wakil Pengarah iaitu cik puan wan nazihah. Haibattt
Khusyuk semuanya duk bukak puasa. Hihihi. cik wanie curi-curi amik gamba depa.hahha

Last but not least, apalagi...... 1,2,3 smileeeeeeeeeee... Tq korang !

p/s : cik wanie sukaaaaaaaa... yeayyyy






Penghujung Ramadhan 1!

Assalamualaikum beb ! Hai uollsss ! Ahaks !

Nak cakap kiter xdek modal lain la tew. hek eleyh. tu trademark cik wanie okei. Pejam celik pejam celik dah 22 ramadhan arini. sungguh pantas masa berlalu. So, apalagi, pulun la oiiii. jangan duk cakap je, buat la sekali.

Maaf la ye cik wanie terlambat ckit nak update pasal ni. maklumlah, kurang kesihatan ckit sehari dua ni. papepun, alhamdulillah masih diberi kehidupan yang sempurna oleh Allah. Memandangkan kita dah pun berada di fasa terakhir ramadhan ni, jadi kita perbanyakkanlah amal ibadah, terutama qiamullail, kalu mampu untuk beriktikaf dekat masjid lagi bagus. Perbanyakkan berzikir, bersedekah, kalau boleh jangan tinggal terawih selagi berkemampuan, pastu amalan-amalan yang kita kira kecil sahaja tetapi impaknya sangat besar.

Jom kita sesama cari dan kejar lailatul qadar. korban kan sedikit masa tidur untuk ganjaran pahala yang lebih berganda-ganda ni. surau dekat rumah cik wanie dah stat buat qiamullail tiap-tiap malam. surau kat umah korang macam mana? ada buat tak? alhamdulillah, walaupun jemaahnya tak ramai macam solat tarawih, tapi usaha yang ditunjukkan oleh pakcik makcik ni sangat memberangsangkan.

anak-anak muda? diorang lebih selesa solat kat umah je. boleh dibanggakan jugak. tak kesah lah walau kat mana pun kita nak beribadat, yang penting niat lillahi taala. cik wanie doakan korang terus istiqamah hingga penghujung ramadhan. tapi kalau istiqamah hingga lepas ramadhan lagiiiiiii bagusss.
Jangan lupa tau titipkan doa ni setiap kali lepas solat. Jangan tertinggal ye. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita selama ini.Ok lah, ni je untuk buat masa sekarang. papepun, cik wanie doakan kita sama-sama kuat dan istiqamah untuk beribadat. semoga Allah lindungi kita semua.

p/s : jangan duk asyik nak pikir pasal raya je sampai lupa nak buat ibadah sunat ni. kalau bukan sekarang, bila lagi. kalau bukan kita sendiri, sape lagi nak bagi free ganjaran kat kita.sebelum ramadhan pun duk amik tahu pasal raya. masa ramadhan pun xabis lagi pasal nak raya. ni ramadhan dah nak abis pun masih duk fikir pasal barang nak raya. ish ish ish.

#MohonSentap
#SyukurSelalu
#Kipidap
#Dongibap

Daaaaaaaa.. Terima kasih sudi lawat blog cik wanie :-

Saturday, July 4, 2015

Sharing is Caring ; Nuzul Quran !!

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! ahaks

Salam 17 ramadhan cik wanie ucapkan pada korang ye. pejam celik, pejam celik, dah masuk ari yang ke 17. kejap je masa berlalu. dah sampai pertengahan ramadhan, ramadhan dah hampir nak tinggalkan kita. so, apa korang rasa? hepi? sedih? terkilan? apa je yang kita rasa, tunjukkan dan zahirkan dalam bentuk amal ibadah. inshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

berbaki yang tinggal ni, kena la pulun abis-abisan. jangan tinggalkan qiamullail, jangan tinggalkan quran. dah kata sedih kan. kena la manfaatkan masa yang ada ni. umum mengetahui bahawa 17 ramadhan merupakan hari nuzul al-quran. apa tu nuzul quran cikgu? haaaa, nuzul quran tu maksudnya turunnya al-quran. sebab tu orang cakap, ramadhan bulan quran. mulianya bulan ramadhan tu sebab waktu itulah al-quran diturunkan.

pagi tadi cik wanie duk 'stalk' ig dr.AFL, dan menariknya ada tentang nuzul quran. so, cik wanie nk kongsi la dengan korang semua. Selamat mebaca dan memahami la yek. inshaAllah ilmu yang baik kena kongsi-kongsikan. sharing is caring kan? hihihi


#Repost From Ig :-

Apa itu Nuzul Al-Quran? Ia peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama (5 ayat pertama surah Al-Alaq) kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya secara berperingkat-peringkat. ia berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan.

Ada apa dengan Quran? Ada jawapan untuk semua persoalan. Ada ketenangan biarpun dunia huru hara dalam kekalutan.

Kalau kamu terinspirasi dengan mana-mana buku motivasi tulisan manusia, ini adalah dari Tuhan manusia. maka sepatutnya boleh dijangka hebatnya. " Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.." Itu ayat pertama yang Dia turunkan. Baca.. Maka bacalah.

semua tu adalah perkongsian daripada dr.anwar fazal dalam ig nya. sama-samalah kita jadikan sebagai panduan. lain kali jangan duk 'stalk' saje, tapi jadikan sebagai panduan kita bersama. inshaAllah.

p/s : terima kasih dr.afl atas perkongsian ini. Semoga kalian beroleh ganjaran di sisi Allah di atas penyebaran ilmu yang bermanfaat. kipidap, dongibap

ok lah, cik wanie tak nak sembang lebih sebab cik wanie xpandai nak sembang lebih. hahaha. selamat beramal dan selamat membaca. kipidap.. dongibap.. lap uolss muah muah

#Kipidap
#Dongibap
#MuahCiked

*terima kasih sudi luangkan masa singgah cik wanie punya blog.