Wednesday, June 17, 2015

Cinta Mereka !

Assalamualaikum beb ! Hai bloggers !

Sebenarnya cik wanie kebosanan ni. so, cik wanie nak berborak di sana la sekejap. haaaa, ingat tak semalam cik wanie ada repost salah satu post daripada dr.anwar fazal. kenai dak dr anwar fazal(dr.AF) ni? haish, hangpa ni. alaaaa, yang penulis buku DIAgnosis 1&2 tu. yang sepupunya syamsul yusof anak dato yusof haslam tu. haaaaa, yang tu la. kan baru2 ni dia baru je kawin. alaaa, yang kawin dengan dr.fatin liyana (dr.FL) tu! blogger terkenal, terfemes, terhaibat tu. doktor lagi, blogger lagi, model lagi, penulis buku lagi. haish, sungguh hebak ah. ok, back to story, cik wanie cuma nak citer pasal depa berdua je. cik wanie sukeee sangat2 bila tengok gambaq2 depa kawin. sweet mueet la.. haish, kencing manis tahap kritikal wei. sangatlah ohsem. dah la simple, cantik, pastu meriah bak hang oiiiii. kalau la cik wanie yang duk kat tempat depa tu, alahai lupa dunia terus. memang patut la xjadi macam depa. hihihi.

kalau korang tak tengok lagi, korang tengok la. confirm korang akan jeles nanti. dalam fanpage fb dr.FL ada, dalam beautifulnara ada, dalam ig depa pun ada(dr.afl). melting mak oiiiiii. cik wanie bagi 10 *. hahahaha. papepun, tahniah untuk mereka berdua. semoga bercinta hingga ke syurga. mana tahu majlis cik wanie nanti pun camni kan? hahaha. tak salah pun kita berangan. ahaks. ok, nanti cik wanie tunjuk tau gambar2 sweet depa tu kat hangpa. dengan syarat hangpa kena stay tuned bersama cik wanie di sini. hihihi

sebenaqnya, cik wanie suka follow depa tu bukan apa. tulisan dr.FL jadi inspirasi pada tulisan cik wanie. dan kata-kata daripada dr.AF jadi pilihan dan dorongan pada cik wanie. ceeewah gitu. hahaha. jangan marah naa wahai pengikut setia dr.FL & dr.AF. kalau korang tengok ig depa, korang takkan menyesal. sebab kata-kata yang ada dalam tu lahir daripada hati depa berdua. sweet mueet loving gitu. hihihi. ok, di sini cik wanie isytiharkan bahawa cik wanie pengikut setia depa berdua. jangan ada yang dengki taw.

ok lah. mau chaw dulu la. selamat menatap gambaq2 yang sweet ni ye. jangan sampai meleleh lak air liur hangpa tu. hihihi.take care naa. jumpa lagi di next post ye.ahaks. saksikanlah :-

Melting la teww.. sweet nya gambar ni. alahaiiiiiiii

 

 












p/s : amboiiii korang. tersengih-sengih duk tengok gambar ni. air liur meleleh pun xsedar ye. ish3. ok bai !!!!!

Tuesday, June 16, 2015

#Repost From Tumblr !


Assalamualaikum beb ! Wah, kemain rajin arini. Ahaks

Post kali ini cik wanie repost dari seseorang yang sangat hebat. cik wanie suka baca blog beliau. sangat deep la orang kata. kalau nak tahu cik wanie ni seorang stalker yang hebat. suka stalker fb dia dan tunangnya, blog dia dan tunangnya, serta ig diorang. eh, bukan tunang lagi la. dah kawen pun. baru beberapa hari bergelar suami isteri. tulisan mereka berdua sangat hebat. cik wanie jadikan inspirasi la. haaaa, nak tahu tak sape diorang ni? tentulah dr.anwar fazal dan isterinya dr.fatin liyana. wink! wink! melting gila la bila tengok diorang kawin. alahai, manih sungguh. ok, ni perkongsian dari blog dr.anwar fazal. moga sama-sama kita jadikan sebagai iktibar ye. peace no war.


#from dr.anwar fazal :-

Hanya yang benar-benar bijak & ‘tahu Agama’ tidak menegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di ‘belakang-belakang’ dengan penuh hikmah & kelembutan.Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat,lebih tahu & berilmu bila membuat teguran.

Kita lihat  sahaja di alam maya,berapa ramai yang 'tergelincir’,memberi nasihat-nasihat sinis & kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur & dinasihati.

Kita terlalu suka bersangka-sangka,menggubah bahasa biar gah bunyinya,walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.Malah kadangkala,yang belajar Agama juga tersilap cara.Itulah namanya manusia,perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian & penghargaan manusia.Mahu dilihat tahu dalam pada syaitan mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat dalam perangkap mereka.

Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah,jika silap cara,nasihat & teguran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi.Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri,malah nasihat & teguran yang diberi menjadi provokasi,menghidupkan api amarah & rasa benci.

Kita belajar sama-sama mulai hari ini.
Pelajar Sampai Mati,
Dr.Anwar Fazal (dranwarfazal.tumblr.com)

*Kongsikan pada semua jika bermanfaat.


p/s : tq dr. deep sesangat.

#Repost From IG ! HaHaHa

Assalamualaikum beb !! Haha. Tak jawab salam berdosa.

Ok, kali ni saya cuma nak repost kan  apa yang fizo omar post di ig dia. hahaha. Kenal tak fizo omar? Gila tak kenal kan.. hahaha.. Perkongsian yang cukup menarik dari fizo omar. Kita pakat baca dan amalkan ye. hihihi. Mana tahu suatu hari nanti berjaya macam fizo omar. bukan jd artis, tp usahawan yang berjaya. Tapi, artis pOm bOley.


#Repost from instagram #FizoOmar

#Tuesdaytips with Fizo Omar

Sifu saya selalu cakap, pekerjaan yang paling mahal gaji atau pendapatannya adalah pekerjaan BERFIKIR.

Idea yang dikeluarkan dari otak yang cerdas merupakan satu peluang untuk mengubah kehidupan seseorang.

Teruskan berfikir mencari sesuatu idea yang baru dan luar biasa dan sudah pasti ianya akan membawa anda ke fasa yang baru dalam hidup anda.

Jadi, jagalah 'otak' anda sebaik mungkin kerana yang membezakan manusia dan makhluk ALLAH yang lain adalah dikurniakan 'akal'.

p/s : dari saya sendiri, selamat beramal. Jaga-jaga ada yang memerhati

#LotsOfLove
#HiluaniPunyaBlog

Ok Bai !!!









Kembali Bernyawa Part 2 !!

Assalamualaikum dunia !!! Bangunlah semua.. Lihatlah pada diri kita, semua serupa jer !! Ha ha ha..

Bahagia bak ang !! Alhamdulillah. Masih bernyawa, masih mampu tersenyum, masih punya kudrat dan masih mampu menaip. hahaha. Setahun cik wanie bercuti dari berblOg. Bukannya sibuk wei, tapi malas, malas, dan malas.. Kalu kawin ni, dah dapat anak sorang. Ahaks !! Kawen la sangat.Ok, tak nak cakap banyak. just nak say hi ! jer pada blog ni. kikiki.

jumpa lagi next post ! inshaAllah, akan stat dengan rajin..hahahha

daaaaaaaaaaaaaaaaaa... (bukan nama orang) ok bai !!!

Tuesday, April 29, 2014

KELCHEF 2014


 Cuma ni gambar sewaktu Ekspo Makanan Halal Antarabangsa (Kelchef 2014) yang berlangsung pada 25/2 - 1/3 baru-baru ini. Macam biasa, syarikat tempat saya keje jadi Event Manager untuk ekspo tersebut, InshaAllah, next ekspo dibawah kendalian kami adalah pada 2/6-7/6 nanti.. Jumpa di Stadium Sultan Muhammad IV ye !!! kikiki











Kembali Bernyawa !!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang menghidup dan mematikan kita. Bersyukurlah kerana sehingga kini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan lagi kehidupan kita. Rasanya dah lama saya tak update blog ni. Bukan sibuk sangat pun, cuma kelalaian, kemalasan dan ketidakcukupan tenaga untuk mengupdate..hihihi

Saya tak nak cakap banyak, cuma nak update aktiviti 2013 jer yang melibatkan diri saya. Alhamdulillah dh masuk 2014 ni banyak lagi yang sedang menunggu untuk dilaksanakan. Mudah-mudahan mendapat kesenangan dan kelancaran dalam melaksanakan gerak kerja. Apa yang penting adalah team work dan kerjasama serta saling memahami antara satu sama lain.

Sedikit tatapan gambar untuk sahabat2 sekalian sebagai kenangan saya dalam melaksanakan kerja. Alhamdulillah peluang yang diberikan oleh Allah digunakan sebaik mungkin..









p/s : jumpa lagi dalam next entry..kikiki.. tata titi tutu

Thursday, July 11, 2013

سلام رمضان

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

2 Ramadhan 1434 H

Alhamdulillah..apa khabar sahabat2 arini?? Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat ye.. Macam mana dengan puasa anda arini?? Semalam?? Wahh, gembira rasanya bila dapat berada di bulan ramadhan yang penuh barakah ini..Mudah-mudahan kita semua akan sampai hingga ke penghujung ramadhan dan seterusnya ke bulan Syawal.. In Sha Allah..

Disamping kegembiraan kita menyambut Ramadhan, tak lupa juga kegembiraan untuk adik-adik yang telah mendapat keputusan untuk memasuki universiti..Alhamdulillah..Tahniah kepada yang berjaya diterima masuk untuk meneruskan pembelajaran.. Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih dan kecewa kerana terselitnya hikmah disebalik apa yang berlaku.. Kita merancang, Allah juga turut merancang untuk hamba-hamba NYA..tetapi perancanganNYA adalah yang terbaik... Teruskan usaha anda untuk masa-masa akan datang..

 " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..." (2:183)

* Tahniah kerana sampai pada bulan ramadhan, dan tahniah kerana anda berjaya..

p/s : jangan lupa tingkatkan amalan di bulan yg penuh barakah ni ye.. antaranya tingkatkan qiamullail, sOlat subuh berjemaah, sOlat tarawih, baca Quran dan amalan2 yang bOleh membawa kebaikan..

Selamat Berpuasa ye kawan2 ku sekalian...




Thursday, July 4, 2013

مصر دالم دوعا

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita.. Sesungguhnya, kita adalah antara yang beruntung kerana masih dapat meneruskan kehidupan yang cukup sempurna ini.. Tapi bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang berada di Palestin, Syria dan Mesir?? Adakah mereka juga merasai kehidupan yang cukup sempurna?? atau mereka berada di dalam kesusahan?? Semestinya mereka juga mengharapkan kehidupan seperti kita..

Sedang enak dibuai mimpi, setelah terjaga dari lena yang panjang kita telah dihidangkan dengan berita yang cukup menyedihkan iaitu Presiden Mesir Dr. Mursi telah digulingkan oleh tentera Mesir yang telah dipergunakan oleh kuasa Barat bagi menentang pemerintahan Ikhwanul Muslimin. Dr.Mursi terpaksa akur dengan menyerahkan kuasa pemerintahannya demi mengelakkan berlakunya lebih banyak pertumpahan darah yang akan mengorbankan rakyat Mesir..Walaupun Dr.Mursi telah dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya, tetapi tetap berlaku rampasan kuasa kerana ketidakpuasan hati pihak rejim Israel yang gagal untuk memerintah Mesir.. Mereka telah mempergunakan tentera dalam rampasan kuasa ini..

Apa yang kita ketahui, kejatuhan Dr.Mursi adalah dari pengkhianatan dan bukan atas kehendak rakyat umum seperti yang telah berlaku kepada Mubarak.. Apa yang kita harapkan adalah, semOga Allah memberi kekuatan kepada Dr.Mursi dan pengikutnya serta ahli Ikhwanul Muslimin untuk berhadapan dengan masalah ini.. Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di medan perang, tetapi usaha yang kecil dengan menghulurkan bantuan berbentuk dOa kepada mereka cukup berharga dan besar nilaiannya..Dengan kuasa rakyat yang ada, serta bantuan daripada Allah SWT boleh menggulingkan pemusnah Islam.. Takbir!! In Sha Allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat Mesir pasti akan terus bergerak.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Marilah sama-sama kita bermunajat berdOa serta melaungkan qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Mesir khususnya dan seluruh umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia amnya..Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin serta barisan pimpinan Dr.Muhammad Mursi dalam menghadapi kemelut yang melanda

p/s : jangan lupa amalkan bacaan qunut nazilah setiap kali selepas sOlat setiap hari..ia adalah sekecil-kecil usaha kita, tetapi sebesar2 pengOrbanan demi kemenangan Islam..Takbir!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين فى مصر

                                                              Allah PASTI Bersamamu...

                                                            Catatan Seorang Isteri....

Doa Qunut Nazilah...