EXAM @ ESIMEN????
erm,tinggal dah tak sampai 2 minggu lg nak exam..entah apa yang ada dalam kepala utk exam ini.rasa cam belum ready je laig.tp,hakikatnya kena la ready sbb masa tidak akan menunggu kita tapi kita yang kena kejar masa..apa yang ingin penulis katakan di sini ialah bila dah hampir dengan exam ni, banyak lak benda yang kena selesaikan.yang paling banyak ialah esimen ataupun tugasan yang kena siapkan..erm,tu la..dari awal tak nak siapkan, bila dh last minit ni baru la kelam kabut semuanya.
kepala sekarang tengah pening-pening lalat..mana nak siapkan esimen lagi, nak study utk exam lagi..bermacam-macam kerja yang timbul..akhirnya diri sendiri yang jadi tidak terurus. sepatutnya esimen kena siapkan awal-awal sebelum tarikh keramatnya hampir.tapi kebanyakannya termasuklah penulis sendiri melengah-lengahkan kerja yang diberikan..hinggakan diri sendiri yang terkapai-kapai.kekadang tu, bukan sengaja nak tangguh, tapi bila cari maklumat tak berapa nak jumpa mulalah putus asa dan biarkan dulu esimen tu..sibuk ngan benda lain yang tidak ada kaitan.bila masa dah suntuk barulah terkejar-kejar ke PTSL,terkejar-kejar tanya senior dan sebagainya..ye la, nak siapkan sebelum hampir kpd tarikh tamatnya..silap ari bulan esok exam ari ni baru la blh study..ape taknya,esimen baru siap semuanya..
alahai ,mahasiswa...janganlah amalkan sikap camni..parah jadinya..berubah la untuk kejayaan yang abadi..moga selepas ni boleh study dengan aman tanpa gangguan esimen dan tugasan lain.seruan ni jugak ditujukan kepada penulis sendiri..sebab penulis pun tergolong dalam golongan yang buat kerja last minit gak..bukan apa,kekadang tu terleka seketika..harap-harap lepas ni dah tak ada sikap mmacam ni dalam diri penulis..berusaha untuk berubah dengan sebaik mungkin..dalam tempoh sekarang ni pun penulis masih sibuk nak siapkan tugasan..nampaknya bila dah siap semuanya tugasan tu baru la boleh mula nak study..harap-harap dipermudahkan segala urusan la selepas ini..
kekadang,bila makin hampir dengan exam ni, pelbagai masalah lak yang timbul..time kita tengah pening ni la masalah datang bertandang dalam kepala..makin bertambah la benda yang nak kena fikirkan..tapi,walau besar manapun masalah tu,penulis tetap tenang kerana semua perkara ada penyelesaiannya cuma kena bersabar je syaratnya..moga apa yang berlaku dalam tempoh ini mematangkan penulis dan ada hikmah yang tersembunyi..dengan syarat kita sentiasa bersabar dengan degaan yang melanda..bila dah kita banyak bersabar dan tawakal,mudah-mudahan Allah akan memudahkan segala urusan termasuklah memberi kita kejayaan...INSYAALLAH...
p/s:kepada kengkawan semua,teruskan usaha anda..selamat menyiapkan esimen bagi yang belum siap dan selamat study untul semua...moga kejayaan mengiringi kita semua...siapkan esimen,lepastu terus study ekk....
" Tugas Kita Bukan Melihat Apa Yang Jauh dan Masih Kabur, Tetapi Bertindak Dengan Apa Yang Ada Dalam Genggaman..."
Thursday, October 21, 2010
Saturday, October 16, 2010
OMBAK '10
Friday, October 15, 2010
ALHAMDULILLAH...
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk meng'update' blog yang telah ditinggalkan selama 5 minggu..huhuhu...apa yang ingin dikongsikan, banyak benda yang berlaku selepas pulang daripada cuti berhari raya...dengan jamuan ari raya nya,dgn programnya dan macam2 lagi la...apa yang paling berat sekarang, exam pun dh nk tiba..kna bersiap siaga mulai dari sekarang..
apa yang nak diceritakan ialah banyak perkara..cma diri ini akan cuba memendekkan cerita..erm,mnggu pertama selepas balik daripada cuti berhari raya diri ini bersama beberapa orang sahabat pergi ke felda gugusan chini, pahang..bkn pergi untuk bercuti2, tetapi pergi untuk melihat keadaan tempat kerana PMFPI akan membuat satu program Operasi Mahasiswa Balik Kampun(OMBAK) di felda tersebut..jadi terpaksa la turun untuk berbincang dgn wakil tempat dan melihat keadaan tempat program..selama 2 ari 1 malam berada di sana..
ujung mnggu yg seterusnya pula hnya berada di kampus sahaja. niat hati untuk bersama2 sahabat yang lain ke Terengganu, tetapi apa kan daya diri ini tidak berdaya..terlalu bnayak tanggungjawab menanti sewaktu itu..bersama dgn sahabat yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan disamping menyiapkan kerja2 untuk program OMBAK...
ari rabu(6 okt) bersama beberapa orang sahabat mengambil inisiatif untuk bertOlak lebih awal ke felda chini, pahang untuk membuat persiapan tempat bagi majlis perasmian pada ari khamis disamping menunggu sahabat2 yang lain tiba ke felda chini..program OMBAK bermula pada petang khamis dan berakhir pada petang ahad..banyak pengalaman dan kenangan yang dapat dicipta sewaktu berada di sana...antaranya kami membuat aktiviti gotong royong di masjid dan sekolah disamping prgram motivasi halatuju SPM kpd adk2 yang bakal menghadapi SPM..selain itu, kami juga turut serta dalam aktiviti merewang kenduri orang kampung dan bersama2 dlm kenduri tersebut..kami juga turut membuat malam kesenian Islam untuk penduduk felda dan yang paling best ialah santai di tasik chini..kami mengelilingi tasik chini dgn sepuluh buah bot serta dapat menyumpit di perkampungan orang asli kg chendarahan..memg pengalaman yang amat berharga...
kami pulang ke UKM dgn hati yang berbunga riang walaupun timbul perasaan sedih kerana berpisah dgn keluarga angkat..tapi minggu ini, kami PMFPI berhadapan dgn satu lagi prgram..iaitu prgram KEMBARA ILMU UKM...prgram ini disertai oleh pelajar fakulti Kontemporari Islam UNISZA yang akan membuat lawatan ke FPI dan UKM..mOga semuanya berjalan lancar...jadual yang padat, tp tersusun..
lebih kurang 2 mnggu lagi diri ini akan berhadapan dgn exam akhir semester..mOga siap siaga menghadapinya..kpd sahabat2 yg akan menghadapi peperiksaan, selamat maju jaya...ANDA MAMPU LAKUKAN YG TERBAEKKKKK!!!!

Thursday, September 9, 2010
EID MUBARAK!!!

Alhamdulillah,berbaki masa yang ada tidak sampai 24 jam Ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan bertandang..Dikesempatan ini, penulis ingin memOhOn maaf sekiranya selama sahabat2 mengenali diri penulis terdapat banyak kekhilafan yang berlaku..Penulis mendOakan supaya sahabat2 sekalian sentiasa dipayungi dan dilimpahi dengan rahmat Allah s.w.t..I'Allah, semOga ramadhan kali ini adalah yang terbaek dan syawal yang bakal mendatang merupakan syawal yang terindah dalam hidup kita semua..semOga kita semua adalah antara insan2 yang tergOlOng dalam gOlOngan yang terpilih dalam Lailatul Qadr...INSYAALLAH...
SELAMAT ARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR BATIN...
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR...
Wednesday, August 25, 2010
MASJID...adakah untuk bulan ramadhan????

sudah 14 ari kita menjalankan ibadat puasa..Alhamdulillah, setakat ari ini tidak ada permasalahan yang timbul dalam menjalankan ibadat puasa.Malah rasa amat seronok dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun2 sebelum ini..mungkin kerana ramadhan kali ini saya sentiasa berbuka di Masjid UKM..Bak kata orang, rezeki jangan ditolak..peluang harus direbut selagi berkesempatan..Ukhuwah yang terbina sewaktu duduk makan setalam adalah ukhuwah kerana Allah yang mana boleh diistilahkan sebagai "
setalam nasi, segunung ukhuwah, dan secebis kenangan " di UKM...
Dalam keseronokan berbuka, terkadang timbul juga di hati saya beberapa persoalan..antaranya, kenapa bila tiba bulan ramadhan ramai yang datang sembahnyang di masjid sedangkan pada bulan-bulan biasa masjid seolah-olah suram daripada kunjungan para jemaah..Adakah muslimin dan muslimat ini hanya mengganggap bahawa masjid hanya untuk sembahnyang jumaat atau hanya untuk bertarawih semata2???Bagi saya, kenyataan tersebut adalah salah.. Ini kerana, seperti yang kita tahu di Masjid terutamanya Masjid UKM ada menyediakan juadah berbuka puasa khusus untuk pelajar-pelajar UKM yang mana ia merupakan hasil sumbangan daripada para dermawan.. Majlis berbuka puasa ini atau lebih dikenali sebagai Iftar Jama'ie diadakan pada setiap petang dan menu setipa hari adalah berlainan..Hal inilah yang menyebabkan ramai orang yang pergi ke masjid terutamanya masjid-masjid yang berada di tempat-tempat menuntut ilmu..
Pada bulan ramadhan inilah kita dapat lihat masjid-masjid di Malaysia ini dipenuhi dengan para jemaah yang berada disekitarnya terutama pada waktu isyak..Tetapi, pada waktu biasa seperti zohor, asar dan sebagainya jemaah kembali berkurangan..Adakah para jemaah ini hanya menginginkan pahala berjemaah untuk solat terawih semata2??atau untuk kesemua solat??Tepuk dada tanyalah iman anda..Seeloknya,pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa terutama kepada para muslimin..Ini kerana, para muslimat seeloknya menunaikan solat di rumah sahaja pada waktu biasa..Jika kita kaji, masjid2 ini dipenuhi dengan para jemaah hanya pada bulan ramadhan dan hanya pada pagi hari raya samada hari raya puasa atau hari raya haji..Ini menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini hanya mengejar pahala berjemaah pada 3 keadaan tersebut sahaja, sedangkan pada waktu biasa mereka tidak mengamalkannya..
Saya berpesan kepada semua termasuk diri sendiri, bahawa pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa, bukan sahaja pada bulan ramadhan atau pada dua solat sunat hari raya..supaya ramadhan kita semua pada tahun ini adalah yang terbaik dan lebih baek daripada tahun-tahun yang sebelumnya..Memandangkan kita sudah berada pada fasa yang kedua bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah(keampunan), marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memohon keampunan untuk segala apa yang kita lakukan dan untuk selama kita hidup sehingga hari ini..dan I'ALLAH kita sama-sama bersedia untuk menempuh fasa yang ketiga iaitu fasa pembebasan dari api neraka yang mana merupakan fasa terakhir bulan ramadhan pada tahun ini..Moga-moga segala amalan kita pada tahun ini mendapat perhitungan yang baik...
wallahua'lam....
Saturday, August 21, 2010
HATI MANUSIA(MAHASISWA)...

Seperti yang diketahui, hati mempunyai pelbagai maksud dan ertinya. Menurut sesetengah kamus, hati merupakan salah satu organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan yang terletak di dalam perut di bahagian badan sebelah kanan yang berfungsi sebagai organ dalaman manusia.Selain itu, hati juga boleh dikatakan sebagai batin yang mana ia berfungsi dengan pelbagai cara antaranya antaranya tempat untuk perasaan manusia, seperti rasa cinta, kasih, rindu, ikhlas jujur, dan sebagainya.
Tetapi, pada ari ini saya ingin berkongsi suatu ilmu supaya kita semua tidak terjerumus ke dalam lembah tersebut. Memandangkan saya sebagai seorang mahasiswa, jadi saya ingin memperkatakan sesuatu tentang mahasiswa dan supaya ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk para mahasiswa khususnya, tetapi kepada semua manusia secara umumnya.Seperti yang kita ketahui, hati merupakan suatu organ yang perlu kita jaga dan didik supaya ia tidak membawa kepada keburukan. Kebiasaan yang berlaku kepada mahasiswa pada hari ini ialah apabila dilanda penyakit hati.Hati merupakan pengendali kepada manusia. Jika hati itu baik, maka baiklah segala perbuatan dan amalannya. Manakala jika hati itu rosak, maka rosaklah segala perbuatan dan amalannya kerana hati lah yang melambangkan keperibadian seseorang itu. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati seseorang itu rOsak atau ia lebih dikenali sebagai PEROSAK HATI. Berkaitan dengan perosak hati ini, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ada menyebut bahawa 5 perkara yang boleh menyebabkan rosak hati iaitu 'bergaul dengan banyak kalangan teman(baik dan buruk), angan-angan kosong, pergantungan selain daripada Allah swt, kekenyangan dan banyak tidur. 5 elemen penting inilah yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini telah dijangkiti dengan penyakit hati. Penjelasan yang telah dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim tentang 5 elemen tersebut ialah :
1) Bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk)
- Pergaulan bagi seseorang itu adalah perlu terutama kepada mahasiswa, tetapi biarlah pergaulan tersebut dalam kalangan yang baik dan bukan yang boleh merosakkan diri sendiri. Apabila mahasiswa itu tersilap langkah didalam pergaulannya, maka ini akan menimbulkan permasalahan kepada mahasiswa tersebut. Teman yang tidak baik lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan melakukan perkara yang negatif dalam hidup mereka. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan.Biasanya output seperti ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia semata-mata dan kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia itu. Oleh sebab itu, kelak di akhirat banyak yang menyesal adalah disebabkan oleh tersalah dalam pergaulan, seperti firman Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 67, ertinya : " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali mereka yang bertakwa."
2) Leka dalam angan-angan kosong
- Angan-angan kosong adalah lautan yang tidak bertepi.Ia adalah lautan yang mana tempat berlayarnya orang-orang yang tidak mempunyai tujuan hidup. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan yang melimpah atau isteri yang cantik jelita.Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu , iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi s.a.w memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3) Penggantungan selain daripada Allah swt.
- Ini merupakan faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan penggantungan selain kepada Allah swt. Jika seseorang bertawakkal kepada selain daripada Allah maka Allah akan menyerahkan urusan tersebut kepada sesuatu yang bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan mernjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapat sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya seperti dalam surah Yaasin ayat 74-75 yang bermaksud : " dan mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. mereka(sembahan-sembahan) itu tidak dapat menolong mereka; padahal mereka itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga (sembahan-sembahan) itu."
Maka orang yang paling hina adalah bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangunkan di atas penggantungan kepada selain Allah swt. Orang yang melakukannya adalah orang yang hina dan nista. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.
4) Kekenyangan ataupun makanan
- Makanan ataupun kekenyangan juga boleh dikatakan sebagai perosak yang berbahaya. Makanan dikatakan sebagai perosak kerana zatnya dan kerana melampaui ukuran dan takarannya. Sekiranya kita termakan makanan yang diharamkan kerana Allah swt seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Adajuga yang diharamkan kerana makanan tersebut merupakan hak hamba seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya. Dari sudut ukuran atau takarannya, seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan yang melampaui batas hingga menyebabkan malas dalam melakukan kerja.Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti syaitan tersebut. Sebab itulah, bagi mahasiswa ataupun pelajar dilarang untuk memakan terlalu kekenyangan kerana akan memberi kesan kepada pelajaran mereka. Tetapi, sekiranya tidak mengisi perut sebelum memulakan pelajaran ia juga tidak baik untuk kesihatan mentral dan fizikal kita. Ini kerana otak yang cergas adalah daripada badan yang sihat.
5) Banyak tidur
- Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuatkan kita lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat, sedangkan tidur yang paling bermanfaat ialah tidur bila mana ia sangat-sangat diperlukan sahaja. Tidur pada tengahari lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari. Secara umumnya, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seper enam bahagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut para doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Adapun tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari dan ia termasuk tidur yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga hati kita daripada dijangkiti dengan penyakit hati yang telah dikatakan supaya dapat teruskan kehidupan yang sempurna. Semoga hati-hati kita akan dilindungi dengan rahmat Allah swt. Terangilah hati mu dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan dengan cahaya Ilahi....
" manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menagis daripada ketawa. didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan..."

Monday, August 16, 2010
Friday, June 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)