Tuesday, April 29, 2014

KELCHEF 2014


 Cuma ni gambar sewaktu Ekspo Makanan Halal Antarabangsa (Kelchef 2014) yang berlangsung pada 25/2 - 1/3 baru-baru ini. Macam biasa, syarikat tempat saya keje jadi Event Manager untuk ekspo tersebut, InshaAllah, next ekspo dibawah kendalian kami adalah pada 2/6-7/6 nanti.. Jumpa di Stadium Sultan Muhammad IV ye !!! kikiki











Kembali Bernyawa !!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang menghidup dan mematikan kita. Bersyukurlah kerana sehingga kini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan lagi kehidupan kita. Rasanya dah lama saya tak update blog ni. Bukan sibuk sangat pun, cuma kelalaian, kemalasan dan ketidakcukupan tenaga untuk mengupdate..hihihi

Saya tak nak cakap banyak, cuma nak update aktiviti 2013 jer yang melibatkan diri saya. Alhamdulillah dh masuk 2014 ni banyak lagi yang sedang menunggu untuk dilaksanakan. Mudah-mudahan mendapat kesenangan dan kelancaran dalam melaksanakan gerak kerja. Apa yang penting adalah team work dan kerjasama serta saling memahami antara satu sama lain.

Sedikit tatapan gambar untuk sahabat2 sekalian sebagai kenangan saya dalam melaksanakan kerja. Alhamdulillah peluang yang diberikan oleh Allah digunakan sebaik mungkin..









p/s : jumpa lagi dalam next entry..kikiki.. tata titi tutu

Thursday, July 11, 2013

سلام رمضان

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

2 Ramadhan 1434 H

Alhamdulillah..apa khabar sahabat2 arini?? Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat ye.. Macam mana dengan puasa anda arini?? Semalam?? Wahh, gembira rasanya bila dapat berada di bulan ramadhan yang penuh barakah ini..Mudah-mudahan kita semua akan sampai hingga ke penghujung ramadhan dan seterusnya ke bulan Syawal.. In Sha Allah..

Disamping kegembiraan kita menyambut Ramadhan, tak lupa juga kegembiraan untuk adik-adik yang telah mendapat keputusan untuk memasuki universiti..Alhamdulillah..Tahniah kepada yang berjaya diterima masuk untuk meneruskan pembelajaran.. Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih dan kecewa kerana terselitnya hikmah disebalik apa yang berlaku.. Kita merancang, Allah juga turut merancang untuk hamba-hamba NYA..tetapi perancanganNYA adalah yang terbaik... Teruskan usaha anda untuk masa-masa akan datang..

 " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..." (2:183)

* Tahniah kerana sampai pada bulan ramadhan, dan tahniah kerana anda berjaya..

p/s : jangan lupa tingkatkan amalan di bulan yg penuh barakah ni ye.. antaranya tingkatkan qiamullail, sOlat subuh berjemaah, sOlat tarawih, baca Quran dan amalan2 yang bOleh membawa kebaikan..

Selamat Berpuasa ye kawan2 ku sekalian...




Thursday, July 4, 2013

مصر دالم دوعا

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita.. Sesungguhnya, kita adalah antara yang beruntung kerana masih dapat meneruskan kehidupan yang cukup sempurna ini.. Tapi bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang berada di Palestin, Syria dan Mesir?? Adakah mereka juga merasai kehidupan yang cukup sempurna?? atau mereka berada di dalam kesusahan?? Semestinya mereka juga mengharapkan kehidupan seperti kita..

Sedang enak dibuai mimpi, setelah terjaga dari lena yang panjang kita telah dihidangkan dengan berita yang cukup menyedihkan iaitu Presiden Mesir Dr. Mursi telah digulingkan oleh tentera Mesir yang telah dipergunakan oleh kuasa Barat bagi menentang pemerintahan Ikhwanul Muslimin. Dr.Mursi terpaksa akur dengan menyerahkan kuasa pemerintahannya demi mengelakkan berlakunya lebih banyak pertumpahan darah yang akan mengorbankan rakyat Mesir..Walaupun Dr.Mursi telah dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya, tetapi tetap berlaku rampasan kuasa kerana ketidakpuasan hati pihak rejim Israel yang gagal untuk memerintah Mesir.. Mereka telah mempergunakan tentera dalam rampasan kuasa ini..

Apa yang kita ketahui, kejatuhan Dr.Mursi adalah dari pengkhianatan dan bukan atas kehendak rakyat umum seperti yang telah berlaku kepada Mubarak.. Apa yang kita harapkan adalah, semOga Allah memberi kekuatan kepada Dr.Mursi dan pengikutnya serta ahli Ikhwanul Muslimin untuk berhadapan dengan masalah ini.. Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di medan perang, tetapi usaha yang kecil dengan menghulurkan bantuan berbentuk dOa kepada mereka cukup berharga dan besar nilaiannya..Dengan kuasa rakyat yang ada, serta bantuan daripada Allah SWT boleh menggulingkan pemusnah Islam.. Takbir!! In Sha Allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat Mesir pasti akan terus bergerak.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Marilah sama-sama kita bermunajat berdOa serta melaungkan qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Mesir khususnya dan seluruh umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia amnya..Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin serta barisan pimpinan Dr.Muhammad Mursi dalam menghadapi kemelut yang melanda

p/s : jangan lupa amalkan bacaan qunut nazilah setiap kali selepas sOlat setiap hari..ia adalah sekecil-kecil usaha kita, tetapi sebesar2 pengOrbanan demi kemenangan Islam..Takbir!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين فى مصر

                                                              Allah PASTI Bersamamu...

                                                            Catatan Seorang Isteri....

Doa Qunut Nazilah...

Wednesday, June 26, 2013

:)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Apa khabar semua?? Saya harap semuanya sihat sentiasa  la ye. Erm, dah lama rasanya tak mengupdate blog ini.. Sibuk katakan.. Alhamdulillah, arini masih sempat bukak blog ni dan walaupun tak de apa yang nak diupdate kan, tapi saya cuba la untuk berbicara sedikit cuma..ceewah ayat, tak tahan betOl la..

 Ok, arini dan 26 Jun, bersamaan dengan 17 Syaaban 1434H, makanya ini bererti tinggal 13 hari lagi untuk kita semua menuju ke madrasah ramadhan.. Bulan yang dinanti setiap tahun.. In Sha Allah, mudah-mudahan kita semua akan bulan ramadhan.. Apa yang pasti, ia adalah ramadhan yang sama, tetapi natijahnya adalah berbeza..

Mudah-mudahan ramadhan tahun ini lebih baik dan kita lebih bersedia untuk meneruskan ibadah di bulan ramadhan..kurangkan segala perkara yang tidak bermanfaat, dan lebihkan amal ibadah..In Sha Allah, ganjaran menanti kita... RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA...

p/s : sebelum ramadhan tiba, berbaki bulan syaaban ni jOm kita "warming up" dulu deh... tiba bulan ramadhan nanti, kita dah bersedia sepenuhnya...:)


Saturday, June 15, 2013

( ^ _ ^ )

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..tidak ada daya bagi ku kecuali Engkau Ya Allah..bersyukurlah kerana kita masih dibangkitkan dan masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan ini..apa yang penting adalah, semOga hari ini lebih baik dari semalam..In Sha Allah..

Dah seminggu saya tidak meng'update' blog ini..tetibe je pagi ni rasa rajin lak..makanya, ingin la kOngsi serba sedikit apa yang berlaku dalam tempOh seminggu ini..Ha, mesti sahabat2 tahu kan kelantan tuan rumah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan untuk kali yg ke 56?? Erm, alhamdulillah majlis tersebut berjaya dilaksanakan selama 5 hari 4 malam di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang bermula pada 10 Jun sehingga 14 Jun..Malam tadi saya sempat melihat majlis penutup dan pengumuman keputusan untuk Pertandingan tilawah Al-Quran yang disertai oleh wakil qari dan qariah dari seluruh Malaysia yang mewakili negeri masing-masing..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua peserta..Walaupun kalian bukan qari dan qariah, tetapi kalian tetap menang dalam pembacaan Al-Quran..kerana tak semua orang mampu membaca seperti kalian.. Tahniah dan Takziah kepada jOhan Qari 2013 iaitu Saudara Anuar Hasin dari Negeri Perak Darul Ridzuan serta jOhan Qariah 2013 iaitu Saudari Hanimzah Jalaluddin dari Negeri Pahang Darul Makmur.. Selepas ini mereka akan mewakili Malaysia untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan lak.. Semoga berjaya untuk Qari dan Qariah Malaysia..

Selain MTQ ni, kat KB ada 1 lagi program yang masih berlangsung sekarang iaitu KARNIVAL WALK WITH ME.. salah satu program walkaton D'Raja Kelantan.. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 13 Jun sehingga 15 Jun di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV..Pelbagai acara menarik yang dilangsungkan termasuk jualan ekspo daripada usahawan-usahawan Negeri Kelantan.. Sape2 yang belum lagi pergi, bOleh la p cuci2 mata bersama keluarga atau rakan taulan..

Ok, selesai program yang berlangsung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan..Nak tahu ada lagi tak program minggu depan, kena tunggu minggu depan la yea.. In Sha Allah saya akan cuba update setakat yg termampu.. Haa, saya terlupa nak kOngsikan tentang hari BAHAGIA sahabat karib saya pada 1 Jun aritu..Erm, dah kawen pun dia.. Saya sempat merasa berada di hari bahagianya..Walaupun penat, tetapi kita enjOy demi sahabat kita.. Walaupun saya x buat apa-apa kerja, cuma p jadi penyibuk je tapi sekurang-kurangnya saya dapat menemani tetamu makan.,kikikiki..kiranya asyik makan dan tangkap gambar je la aritu..Jurukamera pun kena la bersabar dengan kami.. Pape pun, saya dOakan dia bahagia dan bercinta hingga ke syurga..tak nak sampai anak cucu je..SemOga Allah memberkati hubungan dan kasih sayang mereka.. Puan Farah Nadia & Encik Idris ..











p/s : macam biasa akan dihidangkan dengan gambar sebagai tatapan bersama...keh3..last but nOt least, saya bukan nak perasan tau, tapi saya nak gtau saya dan asma ni mak andam terjun tau..keh3

Sunday, June 9, 2013

SEJENAK BERSAMA.....

Assalamualaikum dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi dipertemukan dalam ruangan ini..syukur kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berjuang dan berdakwah walau dengan apa jua cara sekalipun.. Ermmm, nampaknya dah lama saya tak update blog ni.. Al-maklumlah, sekarang ni sy sedikit kesibukan..tak sempat nak menaip banyak-banyak.. teman2 apa khabar semuanya??harap-harap teman semua dalam keadaan yang baik ye.. Haaa, rasanya dah banyak makluman yang tak sempat saya khabarkan..tapi saya harap anda dapat khabar tersebut daripada sumber yang lain ye..

Ermm, teman2 nak tahu tak, masa 26 mei yang lalu saya dan sahabat perjuangan ada berlaku sedikit perpisahan..cewaahh, ayat bukan main lagi kan??huhuhu..Maksud ayat saya tu ialah kami kehilangan seorang sahabat..bukan hilang entah ke mana tau, cuma berpisah tempat sahaja..dia perlu teruskan kehidupannya di luar sana.. Walaupun hanya 4@5 bulan sahaja tempoh kami bersamanya, tapi ia cukup mengajar kami erti persahabatan dan susah senang bersama.. Pengalaman kami berprogram bersamanya memberikan impak yang sungguh besar apabila kami terpaksa berpisah dengannya.. Walaubagaimanapun, hati-hati kami semua tetap bersamanya walau jauh mana pun kami dipisahkan..Ceewaah..

Terima Kasih syamsul kerana layan dengan karenah staf2 ni..kami adalah pelik, tapi benar..tiada yg mustahil bagi kami kerana kami bersatu hati...Sekarang ofis dah sunyi sikit tak sebelum ni yang cukup bising dengan telatah dan gelak tawa setiap orang..Inilah persahabatan kami iaitu [syamsul, salman, farah, k.ayu dan wanie]..

*nanti saya akan upload skali dgn gambar sepanjang kami bersama..keh3





Thursday, May 23, 2013

TTEMU MATO!!!

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..untuk nikmat kehidupan hari in..pejam celik pejam celik, dah masuk 13 rejab ye..sungguh cepat masa berlalu..48 hari lagi menuju ke medan Tarbiyyah Ramadhan..Allahu Rabbi..mudah-mudahan sampai ke medan tersebut..Dah lama rasanya saya tidak menulis..seminggu kOt..berehat menghilangkan keserabutan fikiran sementara..hehehhe..

Ermmm..saya nak kOngsikan sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat-sahabat anak muda Pengkalan Chepa membuat ziarah ilmu ke kediaman Tok Guru..ataupun dikenali sebagai ttemu mato denge tok guru..Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menunggu sedikit lama untuk bertemu beliau, akhirnya penantian kami membuahkan hasil..Sesiapa yang bersabar, pasti akan mendapat ganjarannya.. Dalam pertemuan tersebut, TGNA berkongsi serba sedikit tentang perjuangan..Menurut beliau, anak muda tidak sepatutnya lemah dengan ujian, cacian, tetapi perlu mengambil iktibar daripada kisah2 Nabi sewaktu berdakwah..

Menurut TGNA lagi, Islam ini Syamil (Syumul) yakni menyeluruh..Bukannya separuh-separuh..Solat maghrib dan subuh, tapi tak solat zohor, asar dan isyak.. Kita ini adalah ummatul ijabah, iaitu golongan yang menerima seruan Nabi s.a.w serta beriman kepada Allah s.w.t.. Sebab itu di dalam Al-Quran disebut 'Wahai orang-orang yang beriman' dan tidak disebut 'Wahai orang-orang Islam'...

Walaupun TGNA hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk kami meneruskan lagi perjuangan ini... Sungguh, Islam ini adalah satu anugerah kepada setiap manusia dan hamba Allah yg hidup di dunia ini.. Ramai daripada kita pada hari ini Islam hanya pada nama tetapi tidak pada perbuatan.. Sama-samalah kita berdOa semoga kita menuju jalan yg lurus dan benar..

sumber : Jib Binjai

Terima Kasih TGNA kerana sudi menerima kunjungan daripada kami... WE LOVE TOK GURU

*sedikit gambar untuk tatapan sahabat-sahabat