Wednesday, December 29, 2010

qasidah muhammadiyah



~ lirik serta makna Qasidah Muhammadiyah ~

مَحمّد اشرف الأعراب والعجم
محمد خير من يمشى على قدم

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik2 manusia yg berjalan di bumi ini

محمد باسط المعروف جامعه
محمد صاحب الإحسان والكرم

Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammadlah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

محمد تاج رسل الله قاطبة
محمد صادق الأقوال والكلم

Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata2nya

محمد ثابت الميثاق حافظه
محمد طيب الأخلاق والشيم

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

محمدرويت بالنور طينته
محمد لم يزل نوراً من القِدَم

Muhammad, tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi

محمد حاكم بالعدل ذو شرف
محمد معدن الإنعام والحكم

Muhammad seorang hakim yang adil punyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

محمد خير خلق الل من مضرٍ
محمد خير رسل الله كلهم

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul Allah, seluruhnya

محمد دينه حق ندين به
محمد مجملا حقا على علم

Muhammad, agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar2nya

محمد ذكره روح لأنفسنا
محمد شكره فرض عاى العمم

Muhammad, mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad, wajib kita berterima kasih kepadanya

محمد زينة الدنيا وبهجتها
محمد كاشف الغمّات والظلم

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan

محمد سيّد طابت مناقبه
محمد صاغه الرحمن بالنعم

Muhammad, penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik2 nikmat oleh Allah

محمد صفوة البارى وخيرته
محمد طاهر من سائر التهم

Muhammad, adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan

محمد ضاحك للضيف مكرمه
محمد جاره والله لم يضم

Muhammad,tersenyum buat tetamunya , bahkan memuliakannya
Muhammad, jirannya demi Allah tidak dizaliminya

محمد طابت الدنيا ببعثته
محمد جآء بالآيات والحكم

Muhammad, alangkah indahnya dunia dgn kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mukjizat dan hikmah-hikmah

محمد يوم بعث الناس شافعنا
محمد نوروه الهادى من الظلم

Muhammad, kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nur nya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan

محمد قائم لله ذو همم
محمد خاتم للرسل كلّهم

Muhammad,tidak putus-putus menghadap Allah dgn penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah,seluruhnya

Tuesday, December 14, 2010

Dari hati 'yik'...

Bismillah wa Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi krn masih berpeluang utk menikmati 3 nikmat yang hebat iaitu nikmat Iman, Islam dan juga Ihsan.. x lupa juga msh berpeluang utk menjenguk ke dunia blOg ini.. dah lama rasanya 'yik' tak meng'update' blOg ni.. walaupun dalam suasana bercuti,tapi tetap tidak mempunyai masa yang sesuai utk mengupdate blOg ni.. ditambah lg dgn xde idea nk dikOngsikan..

Rasanya masih blOm terlambat utk 'yik' mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432 H.. harapan 'yik' mOga 'yik' dapat berhijrah kpd yang lebih baik lagi.. semOga apa yang dihajati akan tercapai..INSYAALLAH.. 'yik' nak mengajak semua sahabat2 agar kita berhijrah kpd yang lbh baik lagi dlm kehidupan kita samada dalam pelajaran ataupun apa jua perkara.. Bak kata kmpulan IN-TEAM, Hijrah Menuju Wawasan.. Kita kna la mulakan hijrah kita ni dgn niat yg suci dan pasti..utk membina kehidupan harmOni..:)

Erm, nampaknya cuti akhir semester dah nak berakhir.. bukak semester baru ni,'yik' dah berada di semester akhir pengajian di UKM.. bertambah berat tanggungjawab sbg seOrg pelajar.. nmpknya kna la tambah vOlume lg.. kasi kuat lagi drpd yg seblmnya..huhuhu.. kena berusaha keras utk TESIS..walaupun cuti, tapi x sentuh langsung sal tesis..memang memanfaatkan cuti sebetulnya la..bagus betul.. Harap2 bkak ni makin rajin la 'yik' ni.. Sepanjang cuti ni menghabiskan masa kat umah je.. jadi baby sitter yang bertauliah.. surirumah yang x bertangga..da gak manfaatnya..asalkan x mensia-siakan waktu cuti..

Akhir kalam, SALAM AWAL MUHARAM 1432H..Ayuh sama2 berhijrah..Hijrah menuntut pengOrbanan, kesabaran dan ketabahan..sejahtera hidup AMAN SENTOSA..:)

Friday, December 3, 2010

Yang Dinanti2...

بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM EIDULADHA!!!


Alhamdulillah, ari ini 11 ZulHijjah 1431 H..pagi tadi dah selesai solat sunat aidiladha berjemaah..sekarang masa tuk tunggu lembu2 untuk dikorbankan dan mungkin juga dah ada yang selamat dikorbankan..bagi yang mengambil bahagian dalam ibadah korban pada tahun ini, syukur alhamdulillah krn diberi rezeki untuk bersama2 melaksanakannya..alhamdulillah,keluarga penulis juga mengambil bahagian utk ibadah kOrban tersebut..

Kalau mengingat kembali peristiwa raya tahun lepas, mungkin ia hari kebahagiaan kami sekeluarga.almaklumlah,bukan ibadah korban semata2, malah kami turut membuat kenduri sempena hari perkahwinan kakak penulis..SeekOr lembu dikOrbankan utk kami sekeluarga.kiranya penulis juga berpeluang untuk buat amal ibadah..hheheh..pape pun, tahun ni genap setahun umur perkahwinan kakak penulis dan juga umur anak buah penulis..huhuhu..tahun ni, dah genap 10 orang anak buah penulis..nak kata ramai tu, x la..tapi nak kata x ramai pun,x jugak..bOleh la tahan..hehehe..yang penting bahagia..

Erm,utk pertama kalinya penulis tiba di rumah sehari sebelum raya..lau sebelum ni, ada gak ruang lbh kurang seminggu..huhhuhu..nasib x berapa elOk la..tp x kisah pun.yang penting penulis selamat sampai..perjalanan penulis mengambil masa selama 12 jam kOt nak sampai ke kmapung halaman..ape taknye, kul 11.30pg bertOlak daripada Subang Jaya dan tiba di Kota bharu kul 11.30mlm..huhuhu..perjalanan yg memang memenatkan badan..ari ni dh rasa pusing2 kepala ni..sebab tu penulis duk kat umah je dan x p ke mana2 pun..nak rehat2kan kepala yang pening ni..tahun ni x beraya dgn semua adik beradik..kakak penulis yang duk kat Putrajaya dan JohOr x blik berhari raya..x dapat cuti..x kesah la,yang penting dpt beraya gak..hehehe

Perbicaraan yg panjang,tetapi motifnya hanya la 1 iaitu nak sampaikan ucapan je..hehehe..Selamat Hari raya Korban diucapkan kpd semua muslimin dan muslimat..mOga pengOrbanan yang dilakukan pada tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..mOhOn maaf utk segala2nya..

Saturday, November 13, 2010

Takdir Tuhan

Bismillah wal hamdalillah...

Alhamdulillah,malam yang penuh kesyahduan ni, penulis masih diberi peluang untuk meluahkan perasaan..mungkin..bukan apa,penulis cuma nk luahkan keresahan dan kesyahduan di hati je..baru2 ni banyak sgt musibah yang berlaku kan???kejap je rasanya..da yang meninggal la, yang masuk wad la dan sebagainya lg..

Erm,ari ni sahaja penulis dapat banyak berita..pagi tadi ada adik kpd seorang sahabat daripada FST meninggal dunia kerana kemalangan..Innalillahi wa inna ilaihi raji'uuun..takziah diucapkan kpd klrga ust.aiman zafri..pastu, dlm kul 3 ptg td lak, jiran bilik penulis lak ditimpa musibah..tertinggal kunci dlm bilik,jd x blh msuk blik..penulis tOlOng dia amik knci spare kat pejabat..alhmdulillah,settle..

Erm,malam lak,pas maghrib kakak penulis dtg kolej amik penulis tuk bawak p umah dia kat putrajaya..setelah lalui perjalanan dari bangi ke putrajaya (macam la jauh sgt) pastu singgah makan jap terus pulang ke rumah..sampai je kat umah dlm kul 8.45 mlm, penulis dapat 2 mesej yang mengkhabarkan berita yang sama..ukhti Naimah ngan ukhti Asyikin..msj tu mngenai kemalangan yang berlaku ke atas dua org sahabat kami iaitu Siti Esah (FPI/SYARIAH/3) dan Maisarah (FPI/SYARIAH/3) yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman..kemalangan berlaku di Gua Musang,Kelantan dan sekarang mereka berdua berada di Hospital Gua Musang..

Dikhabarkan oleh sahabat bahawa Siti Esah berada dlm keadaan yg kritikal (50-50) manakala Maisarah patah kaki..Masya Allah, bagai nak luruh jantung penulis bila dapat tahu berita tersebut..terasa bagai kehilangan nyawa dgn serta merta..apa yg penulis dan shbt2 penulis lakukan hanyalah berdOa semOga semuanya selamat...setelah itu, selang dua tiga jam,sahabat dapat tahu lak tentang bOs penulis (YDP PMFPI) ust.amir hakimi dimasukkan ke wad kerana denggi..Ya Allah,besarnya dugaan yang harus ditempuhi bila mendapat tahu sahabat2 seperjuangan ditimpa musibah..

Sejak kebelakangan ini, dah rmai yang penulis dgr diserang demam denggi..mungkinkah sekarang ini musim nyamuk2 sedang bermaharajalela???Nampaknya, kita semua kena la berhati2 dan memastikan keadaan sekeliling kita bersih..Inilah dikatakan sebagai Takdir Tuhan kpd hamba2 NYA...mudah2an mereka semua selamat hendaknya..sama2 la kita berdOa utk mereka..
YA ALLAH,TABAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIAN DARIPAD MU INI YA ALLAH..amin...

Friday, November 12, 2010

Selesai!!!!


Alhamdulillah, tepat jam 5.30 ptg maka berakhirlah peperangan mata pena ku untuk semester kali ini iaitu sem 5..maka bermulalah cuti akhir sem..erm, nmpaknya UKM dah makin suram ngn student2..dh rmai yg abes exam dan pulang ke kampung halaman masing2..msh da pelajar2 yang blum slesai exam dan akan selesai esOk..truskan perjuangan antum yg seterusnya..masih lagi berkesempatan utk berusaha ye sahabat2..jgn mudah berputus asa..jgn anggap dh rmai yg blik sbg satu faktOr utk shbt2 lemah dan x bermaya utk exam..anggap la ia sbgai memOtivasi diri sahabat..

sekarang ni,penulis hanya tunggu masa utk pulang ke kampung..tp xtau lagi bila..tket bas smua dh abes,jd penulis kna la tunggu kakak2 yang akan pulang lewat..terpaksa la..tp,penulis x kisah..penulis anggap ia sebagai mOtivasi diri..hehehe..aduii,asyik memotivasikan diri je..hidup mesti diteruskan walau ditinggalkan oleh sahabat2 sekalipun..huhuhu..pesanan penulis kpd sahabat2,manfaatkan cuti sebaik mungkin tau..lakukan perkara2 yang berfaedah,jgn hanya melanguk di depan TV dan terbungkam dalam bilik je tau..kpd shbt2 yg muslimat tu,jgn lupa tOlOng mak kat umah tau..dan yang muslimin lak, jgn lupa gak tOlOng ayah ke,mak ke dan sape2 la yg berhak ditOlOng..perbanyakkan berjemaah disurau..

mOga sahabat2 terus istiqamah dalam melakukan amal ibadat ni..walaupun dh lepas exam,jgn lupa gak buat sOlat hajat, dOa byk2 mOga kejayaan milik kita..usaha penting,tawakal pun penting..tp ibadat tambahan jgn dilupakan..ok la,setakat ni dahulu cOretan penulis utk kali ini..kpd yg akan pulang ke kampung,selamat pulang dan berhati2 di jalan raya..biar lambat,asal selamat tau..Selamat bercuti kpd semua dan selamat menyambut hari raya kOrban..
kpd shbt2 sekalian,jumpa lagi sem hadapan jika diberi kesempatan..jdkan segala aktvt dan pembelajaran kita utk sem ni sbg kenangan dan panduan tuk menghadapi sem akan datang..

kpd shbt2 yang dh tahun akhir tu,sem depan dh sem akhir kita di bumi UKM..mOga kita dapat manfaatkan setiap detik dgn sebaiknya..cuti,cuti gak..tp ingat tanggungjawab kita sebagai muslim..

C= cuti
U= untuk
T= tingkatkan
I= iman

wa ilalliqa' ma'a salamah...

selamat bercuti dan berhari raya!!!!!!!

Saturday, November 6, 2010

Santai Cuti Rehat...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, sepanjang 2 minggu berlalu sempena musim peperangan mata pena ini, baru 3 paper yang penulis hadapi..masih berbaki 2 paper lagi sebelum menanti saat lafaz kelegaan sempena dengan berakhirnya final exam utk sem 1 2010/2011.. memandangkan UKM ni prihatin dengan para pelajarnya, maka kami diberi cuti rehat selama lebih kurang 6 hari..bagi yang berbangsa india, cuti itu amat la berbaloi kerana mereka dapat meraikan hari deepavali mereka..tapi bagi yang berbangsa Melayu dan Chinese, cuti itu terllau panjang dan amat membOsankan..penulis berkata mengikut keadaan penulis sendiri yang mana sekarang pun penulis dilanda kebOsanan sementara menunggu tarikh 10/11 untuk paper yang ke-4..amatlah pedih rasanya terutama apabila ditinggalkan oleh rOOmate dan ada kengkawan yang masing2 bawa diri pulang ke pangkuan keluarga.. x kisahlah ibu bapa atau kakak atau abang..ynag pasti diri penulis keseorangan sementara waktu..single mingle katakan..huhuhu..

bila cuti rehat ni terlalu lama, kemalasan makin menghantui diri la plak..aduhai, masih ada 2 paper utk exam, tp ape pun penulis x baca lagi..sindrOm malas sedang merebak katakan..setakat tgk nOta je,tp baca nya idak..haru biru gak..ape lah nak jadi ngn penulis ni..
yang penulis tahu, bukak email, bukak Fb pastu nganga depan laptOp tanpa pape tujuan..buang masa tOl la..lau x pun, makan n tidOq..fuuuhhh, amalan harian penulis la tu..erm, sepanjang cuti rehat ni, ada la gak sekali penulis dan geng2 penulis pergi Tasik Kejut..kOnOnnya nak bersenam la, nak jOging la..tapi, hampehhh..jOging dgn bergambO..pOsing sana, posing sini..buat menyemak kat tasik kejut je..huhuhu..tapi bOleh la enjOy..dgn gelagat kengkawan yang pelbagai tu..bak kata orang, kami ni fleksible..buang la kami kat mana2 pun, tetap menghiburkan..hahhah...

nak kata kami ni spOrting tu, x de la..tp kami ikut keadaan di mana kami diletakkan..erm, berbaki cuti rehat 3 ari ni nampaknya penulis kena la pulun habis2an..dah xda istilah rehat lebih2..kna kerja kuat lak..huhuhu...kepada teman2 seperjuangan, selamat exam ye..buat yang terbaekk utk paper last ni..dak2 pengurusan, jgn gentar walaupun kita abes exam lewat sehari drp dak2 kaunseling ngan kOmunikasi..yang penting, kita tetap bOleh balik kampung.............
tO k.ejah, OKB cik lin, kim, zahidah, arini, syidah, rOdhiah, salwa, naimah, and the geng...bez bangat jOging sama kalian...hehehhe..sweet memOry kat tasik kejut..muahhahah...

Saturday, October 23, 2010

SALAM IMTIHAN!!!


salam imtihan kepada semua sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan samada final ataupun pertengahan...mOga kita dapat aplikasikan apa yg telah dipelajari di dalam medan peperangan mata pena nanti..semOga kejayaan mengiringi kita bersama..same2 kita dOakan kejayaan bersama...berperanglah di medan perang dengan sepenuh hati dan jangan mudah mengaku kalah...dOn't stOp at the tOp, tOuch the sky befOre yOu drOp...
terbaekkkk punyeeee...chantekkkkk:)

Friday, October 22, 2010

KEPERLUAN @ KEHENDAK???

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

apa khabar semua blogger pada ari ini?adakah anda masih setia dengan dunia blogger anda?ataupun anda telah meninggalkan dunia blogger anda untuk sementara waktu?? tujuan penulis bertanya begitu adalah kerana mungkinkah sahabat2 sekarang tengah sibuk dengan perkara lain dan memberikan komitmen kpd perkara lain sementara dunia blogger ditinggalkan buat sementara waktu..pape pun yang sahabat2 lakukan,moga dipermudahkan segala urusan.

pada hari ini, penulis ingin mencOret sedikit tentang apa yang dialami oleh manusia buat masa skarang..kalau dilihat kpd tajuk,nampak cam biasa dan skema.tp ni bukan kisah yang skema,tp kisah yang saja2 diambil oleh penulis untuk dikongsi bersama.keperluan suatu benda yang perlu kita miliki dan perlu ada pada kita untuk melengkapi hidup..manakala kehendak pula ialah benda yang tidak wajib dimiliki cuma sekadar kemahuan hati semata-mata.. cOntOhnya, rumah dianggap sebagai suatu keperluan kita kerana rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan berteduh..manakala, kereta merupakan kehendak kpd manusia krn tanpa kereta manusia masih mampu untuk meneruskan kehidupan.

tetapi, apa yang kita lihat sekarang banyak material2 yang hanya sebagai kehendak kpd manusia dan bukannya keperluan kpd manusia. jika kita lihat, saban hari teknologi makin canggih dan makin maju ke hadapan..wujudnya pelbagai bentuk dan jenis teknologi yang menunjukkan kepada kecanggihan sesuatu alat. penulis mengambil telefon bimbit (handset) sebagai contoh kecanggihan yang sentiasa di'update' dari semasa ke semasa. mana taknya, makin hari makin canggih handset yang muncul seperti yang guna pen, yang jenis sentuh skrin dan sebagainya hingga kan penulis sendiri tidak mampu mengejar perubahan tersebut.sebenarnya ia hanya lah sebagai satu kehendak.jika kita tidak memilikinya, bukan bermakna kita tidak mampu hidup. tetapi inilah yang terjadi kepada manusia zaman sekarang. bak kata orang, kita kena up to date..kena ikut trend baru lah berbaloi..kalau ikut trend,tp hidup merana parah, jugak kawan..hinggakan apa yang penting tak dapat nak capai..tak canggih pun tak pe la,asalkan boleh guna untuk berhubung di waktu genting...

itulah manusia zaman sekarang yang hanya melayan nafsu keinginan daripada keperluan hidup..sedarlah wahai sahabat..selain mengikut kehendak,banyak benda lagi yang boleh kita lakukan seperti kita cuba untuk menabung demi masa hadapan yang bakal mendatang.tambahan lagi kpd sahabat2 yang menggunakan PTPTN sbg perbelanjaan hidup..ingat2lah,kita berhutang..jadi,hutang perlu dibayar.lau tak,nama kita di 'blacklist' kan dan semua benda menjadi kepayahan kpd kita...renung2kan, dan selamat beramal....huhuhuhu

KEINGINAN+KEHENDAK+KEMAHUAN=KEPERLUAN...betOl ke???same2 la kita fikirkan...terbaekkkk punyeee buah fikiran...chantekkkkk!!!!

Thursday, October 21, 2010

EXAM @ ESIMEN????

erm,tinggal dah tak sampai 2 minggu lg nak exam..entah apa yang ada dalam kepala utk exam ini.rasa cam belum ready je laig.tp,hakikatnya kena la ready sbb masa tidak akan menunggu kita tapi kita yang kena kejar masa..apa yang ingin penulis katakan di sini ialah bila dah hampir dengan exam ni, banyak lak benda yang kena selesaikan.yang paling banyak ialah esimen ataupun tugasan yang kena siapkan..erm,tu la..dari awal tak nak siapkan, bila dh last minit ni baru la kelam kabut semuanya.

kepala sekarang tengah pening-pening lalat..mana nak siapkan esimen lagi, nak study utk exam lagi..bermacam-macam kerja yang timbul..akhirnya diri sendiri yang jadi tidak terurus. sepatutnya esimen kena siapkan awal-awal sebelum tarikh keramatnya hampir.tapi kebanyakannya termasuklah penulis sendiri melengah-lengahkan kerja yang diberikan..hinggakan diri sendiri yang terkapai-kapai.kekadang tu, bukan sengaja nak tangguh, tapi bila cari maklumat tak berapa nak jumpa mulalah putus asa dan biarkan dulu esimen tu..sibuk ngan benda lain yang tidak ada kaitan.bila masa dah suntuk barulah terkejar-kejar ke PTSL,terkejar-kejar tanya senior dan sebagainya..ye la, nak siapkan sebelum hampir kpd tarikh tamatnya..silap ari bulan esok exam ari ni baru la blh study..ape taknya,esimen baru siap semuanya..

alahai ,mahasiswa...janganlah amalkan sikap camni..parah jadinya..berubah la untuk kejayaan yang abadi..moga selepas ni boleh study dengan aman tanpa gangguan esimen dan tugasan lain.seruan ni jugak ditujukan kepada penulis sendiri..sebab penulis pun tergolong dalam golongan yang buat kerja last minit gak..bukan apa,kekadang tu terleka seketika..harap-harap lepas ni dah tak ada sikap mmacam ni dalam diri penulis..berusaha untuk berubah dengan sebaik mungkin..dalam tempoh sekarang ni pun penulis masih sibuk nak siapkan tugasan..nampaknya bila dah siap semuanya tugasan tu baru la boleh mula nak study..harap-harap dipermudahkan segala urusan la selepas ini..

kekadang,bila makin hampir dengan exam ni, pelbagai masalah lak yang timbul..time kita tengah pening ni la masalah datang bertandang dalam kepala..makin bertambah la benda yang nak kena fikirkan..tapi,walau besar manapun masalah tu,penulis tetap tenang kerana semua perkara ada penyelesaiannya cuma kena bersabar je syaratnya..moga apa yang berlaku dalam tempoh ini mematangkan penulis dan ada hikmah yang tersembunyi..dengan syarat kita sentiasa bersabar dengan degaan yang melanda..bila dah kita banyak bersabar dan tawakal,mudah-mudahan Allah akan memudahkan segala urusan termasuklah memberi kita kejayaan...INSYAALLAH...

p/s:kepada kengkawan semua,teruskan usaha anda..selamat menyiapkan esimen bagi yang belum siap dan selamat study untul semua...moga kejayaan mengiringi kita semua...siapkan esimen,lepastu terus study ekk....

Saturday, October 16, 2010

OMBAK '10





terima kasih tidak terhingga kpd semua yang terlibat dalam menjayakan Operasi Mahasiswa Balik Kampung (OMBAK '10)....Menyemai Bakti Tautan Mahabbah...

Friday, October 15, 2010

ALHAMDULILLAH...

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk meng'update' blog yang telah ditinggalkan selama 5 minggu..huhuhu...apa yang ingin dikongsikan, banyak benda yang berlaku selepas pulang daripada cuti berhari raya...dengan jamuan ari raya nya,dgn programnya dan macam2 lagi la...apa yang paling berat sekarang, exam pun dh nk tiba..kna bersiap siaga mulai dari sekarang..

apa yang nak diceritakan ialah banyak perkara..cma diri ini akan cuba memendekkan cerita..erm,mnggu pertama selepas balik daripada cuti berhari raya diri ini bersama beberapa orang sahabat pergi ke felda gugusan chini, pahang..bkn pergi untuk bercuti2, tetapi pergi untuk melihat keadaan tempat kerana PMFPI akan membuat satu program Operasi Mahasiswa Balik Kampun(OMBAK) di felda tersebut..jadi terpaksa la turun untuk berbincang dgn wakil tempat dan melihat keadaan tempat program..selama 2 ari 1 malam berada di sana..

ujung mnggu yg seterusnya pula hnya berada di kampus sahaja. niat hati untuk bersama2 sahabat yang lain ke Terengganu, tetapi apa kan daya diri ini tidak berdaya..terlalu bnayak tanggungjawab menanti sewaktu itu..bersama dgn sahabat yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan disamping menyiapkan kerja2 untuk program OMBAK...

ari rabu(6 okt) bersama beberapa orang sahabat mengambil inisiatif untuk bertOlak lebih awal ke felda chini, pahang untuk membuat persiapan tempat bagi majlis perasmian pada ari khamis disamping menunggu sahabat2 yang lain tiba ke felda chini..program OMBAK bermula pada petang khamis dan berakhir pada petang ahad..banyak pengalaman dan kenangan yang dapat dicipta sewaktu berada di sana...antaranya kami membuat aktiviti gotong royong di masjid dan sekolah disamping prgram motivasi halatuju SPM kpd adk2 yang bakal menghadapi SPM..selain itu, kami juga turut serta dalam aktiviti merewang kenduri orang kampung dan bersama2 dlm kenduri tersebut..kami juga turut membuat malam kesenian Islam untuk penduduk felda dan yang paling best ialah santai di tasik chini..kami mengelilingi tasik chini dgn sepuluh buah bot serta dapat menyumpit di perkampungan orang asli kg chendarahan..memg pengalaman yang amat berharga...

kami pulang ke UKM dgn hati yang berbunga riang walaupun timbul perasaan sedih kerana berpisah dgn keluarga angkat..tapi minggu ini, kami PMFPI berhadapan dgn satu lagi prgram..iaitu prgram KEMBARA ILMU UKM...prgram ini disertai oleh pelajar fakulti Kontemporari Islam UNISZA yang akan membuat lawatan ke FPI dan UKM..mOga semuanya berjalan lancar...jadual yang padat, tp tersusun..

lebih kurang 2 mnggu lagi diri ini akan berhadapan dgn exam akhir semester..mOga siap siaga menghadapinya..kpd sahabat2 yg akan menghadapi peperiksaan, selamat maju jaya...ANDA MAMPU LAKUKAN YG TERBAEKKKKK!!!!

Thursday, September 9, 2010

EID MUBARAK!!!


Alhamdulillah,berbaki masa yang ada tidak sampai 24 jam Ramadhan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan bertandang..Dikesempatan ini, penulis ingin memOhOn maaf sekiranya selama sahabat2 mengenali diri penulis terdapat banyak kekhilafan yang berlaku..Penulis mendOakan supaya sahabat2 sekalian sentiasa dipayungi dan dilimpahi dengan rahmat Allah s.w.t..I'Allah, semOga ramadhan kali ini adalah yang terbaek dan syawal yang bakal mendatang merupakan syawal yang terindah dalam hidup kita semua..semOga kita semua adalah antara insan2 yang tergOlOng dalam gOlOngan yang terpilih dalam Lailatul Qadr...INSYAALLAH...

SELAMAT ARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR BATIN...
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR...

Wednesday, August 25, 2010

MASJID...adakah untuk bulan ramadhan????


sudah 14 ari kita menjalankan ibadat puasa..Alhamdulillah, setakat ari ini tidak ada permasalahan yang timbul dalam menjalankan ibadat puasa.Malah rasa amat seronok dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun2 sebelum ini..mungkin kerana ramadhan kali ini saya sentiasa berbuka di Masjid UKM..Bak kata orang, rezeki jangan ditolak..peluang harus direbut selagi berkesempatan..Ukhuwah yang terbina sewaktu duduk makan setalam adalah ukhuwah kerana Allah yang mana boleh diistilahkan sebagai "
setalam nasi, segunung ukhuwah, dan secebis kenangan " di UKM...

Dalam keseronokan berbuka, terkadang timbul juga di hati saya beberapa persoalan..antaranya, kenapa bila tiba bulan ramadhan ramai yang datang sembahnyang di masjid sedangkan pada bulan-bulan biasa masjid seolah-olah suram daripada kunjungan para jemaah..Adakah muslimin dan muslimat ini hanya mengganggap bahawa masjid hanya untuk sembahnyang jumaat atau hanya untuk bertarawih semata2???Bagi saya, kenyataan tersebut adalah salah.. Ini kerana, seperti yang kita tahu di Masjid terutamanya Masjid UKM ada menyediakan juadah berbuka puasa khusus untuk pelajar-pelajar UKM yang mana ia merupakan hasil sumbangan daripada para dermawan.. Majlis berbuka puasa ini atau lebih dikenali sebagai Iftar Jama'ie diadakan pada setiap petang dan menu setipa hari adalah berlainan..Hal inilah yang menyebabkan ramai orang yang pergi ke masjid terutamanya masjid-masjid yang berada di tempat-tempat menuntut ilmu..

Pada bulan ramadhan inilah kita dapat lihat masjid-masjid di Malaysia ini dipenuhi dengan para jemaah yang berada disekitarnya terutama pada waktu isyak..Tetapi, pada waktu biasa seperti zohor, asar dan sebagainya jemaah kembali berkurangan..Adakah para jemaah ini hanya menginginkan pahala berjemaah untuk solat terawih semata2??atau untuk kesemua solat??Tepuk dada tanyalah iman anda..Seeloknya,pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa terutama kepada para muslimin..Ini kerana, para muslimat seeloknya menunaikan solat di rumah sahaja pada waktu biasa..Jika kita kaji, masjid2 ini dipenuhi dengan para jemaah hanya pada bulan ramadhan dan hanya pada pagi hari raya samada hari raya puasa atau hari raya haji..Ini menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini hanya mengejar pahala berjemaah pada 3 keadaan tersebut sahaja, sedangkan pada waktu biasa mereka tidak mengamalkannya..

Saya berpesan kepada semua termasuk diri sendiri, bahawa pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa, bukan sahaja pada bulan ramadhan atau pada dua solat sunat hari raya..supaya ramadhan kita semua pada tahun ini adalah yang terbaik dan lebih baek daripada tahun-tahun yang sebelumnya..Memandangkan kita sudah berada pada fasa yang kedua bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah(keampunan), marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memohon keampunan untuk segala apa yang kita lakukan dan untuk selama kita hidup sehingga hari ini..dan I'ALLAH kita sama-sama bersedia untuk menempuh fasa yang ketiga iaitu fasa pembebasan dari api neraka yang mana merupakan fasa terakhir bulan ramadhan pada tahun ini..Moga-moga segala amalan kita pada tahun ini mendapat perhitungan yang baik...

wallahua'lam....

Saturday, August 21, 2010

HATI MANUSIA(MAHASISWA)...


Seperti yang diketahui, hati mempunyai pelbagai maksud dan ertinya. Menurut sesetengah kamus, hati merupakan salah satu organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan yang terletak di dalam perut di bahagian badan sebelah kanan yang berfungsi sebagai organ dalaman manusia.Selain itu, hati juga boleh dikatakan sebagai batin yang mana ia berfungsi dengan pelbagai cara antaranya antaranya tempat untuk perasaan manusia, seperti rasa cinta, kasih, rindu, ikhlas jujur, dan sebagainya.
Tetapi, pada ari ini saya ingin berkongsi suatu ilmu supaya kita semua tidak terjerumus ke dalam lembah tersebut. Memandangkan saya sebagai seorang mahasiswa, jadi saya ingin memperkatakan sesuatu tentang mahasiswa dan supaya ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk para mahasiswa khususnya, tetapi kepada semua manusia secara umumnya.Seperti yang kita ketahui, hati merupakan suatu organ yang perlu kita jaga dan didik supaya ia tidak membawa kepada keburukan. Kebiasaan yang berlaku kepada mahasiswa pada hari ini ialah apabila dilanda penyakit hati.
Hati merupakan pengendali kepada manusia. Jika hati itu baik, maka baiklah segala perbuatan dan amalannya. Manakala jika hati itu rosak, maka rosaklah segala perbuatan dan amalannya kerana hati lah yang melambangkan keperibadian seseorang itu. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati seseorang itu rOsak atau ia lebih dikenali sebagai PEROSAK HATI. Berkaitan dengan perosak hati ini, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ada menyebut bahawa 5 perkara yang boleh menyebabkan rosak hati iaitu 'bergaul dengan banyak kalangan teman(baik dan buruk), angan-angan kosong, pergantungan selain daripada Allah swt, kekenyangan dan banyak tidur. 5 elemen penting inilah yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini telah dijangkiti dengan penyakit hati. Penjelasan yang telah dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim tentang 5 elemen tersebut ialah :
1) Bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk)
- Pergaulan bagi seseorang itu adalah perlu terutama kepada mahasiswa, tetapi biarlah pergaulan tersebut dalam kalangan yang baik dan bukan yang boleh merosakkan diri sendiri. Apabila mahasiswa itu tersilap langkah didalam pergaulannya, maka ini akan menimbulkan permasalahan kepada mahasiswa tersebut. Teman yang tidak baik lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan melakukan perkara yang negatif dalam hidup mereka. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan.Biasanya output seperti ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia semata-mata dan kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia itu. Oleh sebab itu, kelak di akhirat banyak yang menyesal adalah disebabkan oleh tersalah dalam pergaulan, seperti firman Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 67, ertinya : " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali mereka yang bertakwa."
2) Leka dalam angan-angan kosong
- Angan-angan kosong adalah lautan yang tidak bertepi.Ia adalah lautan yang mana tempat berlayarnya orang-orang yang tidak mempunyai tujuan hidup. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan yang melimpah atau isteri yang cantik jelita.Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu , iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi s.a.w memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3) Penggantungan selain daripada Allah swt.
- Ini merupakan faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan penggantungan selain kepada Allah swt. Jika seseorang bertawakkal kepada selain daripada Allah maka Allah akan menyerahkan urusan tersebut kepada sesuatu yang bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan mernjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapat sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya seperti dalam surah Yaasin ayat 74-75 yang bermaksud : " dan mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. mereka(sembahan-sembahan) itu tidak dapat menolong mereka; padahal mereka itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga (sembahan-sembahan) itu."
Maka orang yang paling hina adalah bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangunkan di atas penggantungan kepada selain Allah swt. Orang yang melakukannya adalah orang yang hina dan nista. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.
4) Kekenyangan ataupun makanan
- Makanan ataupun kekenyangan juga boleh dikatakan sebagai perosak yang berbahaya. Makanan dikatakan sebagai perosak kerana zatnya dan kerana melampaui ukuran dan takarannya. Sekiranya kita termakan makanan yang diharamkan kerana Allah swt seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Adajuga yang diharamkan kerana makanan tersebut merupakan hak hamba seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya. Dari sudut ukuran atau takarannya, seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan yang melampaui batas hingga menyebabkan malas dalam melakukan kerja.Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti syaitan tersebut. Sebab itulah, bagi mahasiswa ataupun pelajar dilarang untuk memakan terlalu kekenyangan kerana akan memberi kesan kepada pelajaran mereka. Tetapi, sekiranya tidak mengisi perut sebelum memulakan pelajaran ia juga tidak baik untuk kesihatan mentral dan fizikal kita. Ini kerana otak yang cergas adalah daripada badan yang sihat.
5) Banyak tidur
- Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuatkan kita lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat, sedangkan tidur yang paling bermanfaat ialah tidur bila mana ia sangat-sangat diperlukan sahaja. Tidur pada tengahari lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari. Secara umumnya, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seper enam bahagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut para doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Adapun tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari dan ia termasuk tidur yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga hati kita daripada dijangkiti dengan penyakit hati yang telah dikatakan supaya dapat teruskan kehidupan yang sempurna. Semoga hati-hati kita akan dilindungi dengan rahmat Allah swt. Terangilah hati mu dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan dengan cahaya Ilahi....
" manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menagis daripada ketawa. didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan..."

Monday, August 16, 2010

SALAM RAMADHAN KAREEM...

p/s : mOga ramadhan kali ini adalah yang lebih baek drp yang sebelOmnya..pertingkatkan amal ibadat dengan sebaek mungkin...

Friday, June 25, 2010








ALHAMDULILLAH...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, tanggal 24hb Jun(khamis) berakhirlah tempoh praktikal 'yik' di Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK).. sepanjang tempOh berada di MAIK, pelbagai pengalaman yang 'yik' dan kawan2 lalui..kenangan yang paling manis yang kami cipta...pelbagai ilmu yang kami pelajari sepanjang berpraktikal di sana..antaranya kami mempelajari cara bagaimana pemprosesan utk seseorang yang bukan Islam utk memeluk agama Islam..cara bagaimana utk membuat kad Islam..kad Islam ini perlu dimiliki oleh mana2 saudara baru yaang baru memeluk Islam.. selain itu, kami juga memdapat pengalaman menaip khutbah yang akan dibacakan oleh semua masjid di seluruh negeri kelantan pada setiap ari jumaat.. khutbah tersebut telah disediakan oleh Dato' Mufti Kelantan dan dikeluarkan oleh unit agama MAIK...

selain itu, kami mendapat pengalaman dalam penyiasatan yang dilakukan oleh nazir masjid terhadap imam2 atau bilal2 masjid yang tidak melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.. pengalaman ini mamat bermakna untuk kami dan menambahkan pengetahuan kami dalam perkara2 yang berkaitan dengan masjid dan saudara baru.. pengalaman ini kami tidak akan lupakan dan akan menjadi panduan utk kami dalam menerokai dunia pekerjaan pada tahun hadapan...

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan bahagian agama MAIK yang sudi mencurahkan dan berkongsi ilmu bersama dengan kami.. iaitu Ketua Pegawai Agama(KPA) ust ismail, Imam Besar( ust hana pizi), Pegawai Dakwah ( ust alias), ust Zamri (pegawai Takmir), ust Nik, ust Mad, ust Azmi, Ust Afifi, Ust Ya, pOk cik Ya, kak tOm, k.Ma, k.Zie, k.Wahidah, k.Intan, abe Day, abe Lie, abe Hakim, abe Raja, ust Fahmi, ust ShakrOl,CC, k.La, k.Afidah, k.Syella dan k.Lah..terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami... hanya TUHAN sahaja yang mampu membalas segala jasa2 yang telah kalian curahkan kepada kami semua.. mOga ukhuwah yang terjalin selama 2 bulan berkekalan utk selama2nya INSYAALLAH...

Thursday, June 3, 2010

PRAKTIKAL!!!

part 2
alhamdulillah, baru2 ini pada 29-31 mei 'yik',k.da, ayuni,k.mahiran.ust mat(pembantu peg.dakwah),ust alias(peg.dakwah MAIK) berjaya melaksanakan satu program KURSUS GURU AGAMA ORANG ASLI yang dijalankan di KESEDAR INN,GUA MUSANG..kursus ini melibatkan seramai 25 orang dari kalangan orang asli yang telah dilantik oleh MAIK sebagain guru agama yang akan mendidik masyarakat orang asli yang lain.. tujuan kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman, dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama Islam kpd mereka..

sepanjang 3 ari berkursus, mereka telah melalui 7 kuliah@ceramah yang disampaikan oleh antaranya pegawai JAHEAIK, PMOA dan peg.Dakwah MAIK sdri..pelbagai permasalahan yang dibincangkan di dalam kursus tersebut..dalam kursus ini juga dapat menyerlahkan kehebatan seOrg ustaz kita yang mana hebat dalam tilawah al-Quran..kehebatan ust Basri dalam bertilawah mengalahkan diri 'yik' sdri..kemerduan suaranya itu membOlehkan beliau memegang gelaran sebagai JOHAN tilawah al-Quran masyarakat orang asli peringkat Negeri Kelantan..harapan pihak MAIK semOga semua ustaz dan ustazah yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.. dan harapan semOga lebih ramai lagi yang akan memeluk Islam...

program ini berakhir pada 31 mei jam 1 petang..kami semua bertOlak pulang ke kOta bharu pada jam 3.30 ptg dan tiba di rumah pada jam 7.30 mlm..ini adalah pengalaman 'yik' yang kedua sepanjang tempOh berpraktikal di MAIK..i'allah, jika tiada aral yang melintang, pada 17,18 dan 19 jun ini kami semua akan mengadakan latihan amali kepada guru agama orang asli di POS MENDROP...mungkin inilah prOgram terakhir yang akan 'yik' sertai sewaktu berpraktikal..INSYAALLAH...

p/s: menghitung ari utk menamatkan praktikal pada 24 jun....kesedihan dan kegelisahan melanda diri...mOga terus thabat dalam perjuangan..jgn lupa utk sama2 mendOakan semOga rejim Zionis yahudi dihancurkan...

Saturday, May 22, 2010

PRAKTIKAL!!!

Part 1

alhamdulillah, sudah 3 minggu 'yik' dan kawan2 melalui tempoh praktikal..mungkin kami masih berbaki dlm 5 mnggu untuk berada dlm dunia praktikal..utk kami mengutip pelbagai pengalaman di alam pekerjaan yang sementara..dalam tempOh 3 minggu ini,bermacam pengalaman yang 'yik' dan kawan2 lalui terutama kwana2 yg sama2 praktikal di MAIK..('yik', k.da dan ayunie)..minggu lepas bermula 12 mei 10(rabu) kami dibawa masuk hutan utk ke perkampungan orang asli di gua musang untuk menghantra surat perlantikan guru agama orang asli kepada orang asli yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK)..kami diberitahu bahawa terdapat 50 perkampungan orang asli di gua musang..banyak pengalaman yang kami perolehi sewaktu program ini berjalan, antaranya :-

12 mei 2010(rabu)
bertolak dari pejabat MAIK jam 12 tghari..singgah sebentar di Pusat Latihan dan Tarbiah Orang Asli(PULDOA) di kOk lanas utk menyerahkan surat kepada org asli yang berada di situ..perjalanan kami diteruskan lagi dan tiba di pOs yang pertama iaitu Pos Lebir pada jam 5 ptg..perjalanan drp jalan raya utk masuk ke perkampungan tersebut dgn jalan yang berbukit bukau mengambil masa selama 1 jam 30 minit utk sampai..kami singgah di surau pOs Lebir utk solat jamak asar dan zohor sekaligus kami membantu k.mah menyediakan makanan malam utk mkn bersama2..slps sOlat maghrib,kami makan dan ust mad(pegawai dakwah yg bersama kami) menyampaikan sumbangan kpd gOlOngan org asli yang mendapat sumbangan drp pihak MAIK..antara sumbangannya ialah sumbangan asnaf mualaf(utk org asli yg memeluk agama Islam),smbngan kecemasan,perkahwinan dan warga emas..jam 10.30 mlm kami keluar darp pOs Lebir dan menghala ke bandar Gua Musang utk mencari tempat penginapan..pada mlm itu kami bermalam di Kesedar Inn..

13 mei 2010(khamis)
jam 8 pg kami bersarapan di bandar gua musang sementara menunggu utk bergerak ke kampung yang seterusnya..kami berehat di Kesedar Inn buat sementara waktu sambil menunggu 2 org drp PULDOA utk dtg ke gua musang utk membuka akaun bank islam..jam 12 tghari kami check out drp Kesedar Inn dan singgah di Bank Islam utk membantu membuka akaun Bank Islam kpd 2 org ank org asli yg dilantik sbg guru agama..seterusnya kami kami bergerak ke pos tuel utk menghantar 2 org sahabat td..dlm perjalanan ke pos tuel kami sempat singgah sebentar di Pos HendrOp utk menyerahkan suirat perlantikan kpd ank org asli yg berda di situ..kami sampai di Pos tuel jam 8 mlm kluar drp kampung tersebut utk menghala ke Pos BrOOke utk bermalam di sana..perjalanan ke Pos tuel mengambil masa selama 2 jam utk sampai..sblm smpai ke Pios Brooke, kami singgah di Kg.Sigar dan kmudiannya barulah tiba di rumah penggerak Pos Brooke pd jam 12 mlm..

14 mei 2010(jumaat)
pada awal pagi kami menghala ke arah CamerOn Highlands utk membaiki enjin generatOr yg rOsak..seterusnya dlm perjalanan pulang kami singgah di Kg.JekjOk utk menyerahkan surat tersebut..perjalanan diteruskan lagi utk ke kg.Rasah dan kg.LadOi..kami tiba di kg.Rasah pd jam 3 ptg..di sana kami menjamu makan kpd org asli yang dimasak oleh k.mah..seterusnya kami bergerak ke kg.LadOi..perjalanan utk smpai ke kg.Rasah dan Ladoi mengambil masa selama 2 jam lbh dgn keadaan jln yang berliku dan berbukit bukau.. kami bermalam di rumah penggerak org asli di Kg.LadOi..suasana di kg.LadOi amat menyejukkan kami..

15 mei 2010(sabtu)
jam 10 pg kami kluar drp kg LadOi dan menuju ke Kuala Lah..kami berhenti sOlat di kuala Lah sebelum bergerak ke kuala Wok..persinggahan kami di kuala Lah dan kuala Wok hanya mengambil masa selama 20 mint sahaja..kami meneruskan lg perjalanan ke Pasik..kami akan bermalam di Pasik bersama dgn kluarga k.mah..kami tiba di kg.Pasik jam 6 ptg..perjalanan ke Pasik juga mengambil masa selama 2 jam lebih melalui jalan yang berbukit..jalan yang tidak pernah kami impikan dan terbayang yg kami akan lalui..penuh mencabar..pada jam 7.40 mlm ust mengajak kami utk ke sungai mengambil wuduk memandangkan di kg.Pasik tiada bekalan air..kami tiba di sungai Pasik dlm keadaan yang gelap gelita..kami hanya sempat berendam sebentar dan mengambil wuduk sahaja..dlm keadaan yg gelap gelita itu menghalang kami utk mandi..setelah selesai mengambil wuduk kami bersiap utk pulang ke rumah penggerak..tetapi,a[a kan daya dlm waktu itu kami smua tidak dapat bersuara utk memberitahu jalan pulang kpd abg man(driver MAIK)..kami semua seolah2 telah dikunci mulut oleh seseorang..tanpa disedari kami dibawa menuju ke atas bukit yang tidak mempunyai sebuah rumah pun..dan tanpa sedari jugak kami hanya mengelilingi kawasan yang sama dan hampir pulang keluar drp bukit tersebut..setelah hampir sejam barulah kami smua menyedari kesesatan tersebut...kami terpaksa pulang ke sungai semula dan barulah kami menjumpai jalan utk pulang ke rumah penggerak..hampir sejam kami berada di atas bukit yang gelap gelita..kami tiba di rumah tersebut jam 9.15 mlm..setelah tiba,smua masakan dah siap dan bersedia utk menghidangkan kpd seluruh kg Pasik..sblm tidOr kami membaca surah Yaasin dan Al-Fatihah supaya kami smua di;lindungi..kami diberitahu oleh org kg bahawa elektrik akan dipadamkan jam 12 tghmalam..tetapi pada mlm itu 'yik' tersedar jam 2 pg dan elektrik msh bernyala..tetapi kekadadang ia terpadam..dlm waktu itu juga kami terdengar pelbagai bunyi spt bunyi air di dlm tandas,bunyi pintu ditutupkan,bunyi selipar dan sebagainya..kami diganggu pada waktu tidOr..jam 5.30 pg kami dikejutkan oleh ust dan kami ke sungai utk mengambil wuduk dan mandi..inilah pengalaman yang paling menakjubkan 'yik' dalam tempOh hidup 'yik'..pengalaman di kacau oleh makhluk yg tidak nampak..

16 mei 2010(ahad)
jam 8 pg kami menyiapkan makanan utk tgahari kpd org kg..kami menyediakan makanan di sungai krn ketiadaan air dirumah..jam 12.30 tghari mkanan siap utk dibahagikan kpd org kg..jam 1.30 ptg kami bersiap utk keluar drp kg Pasik..jam 4 ptg kami singgah di Kuala Lah utk solat zOhOr dan seterusnya kami singgah di rumah k.mah di kuala betis utk mnyampaikan bantuan kpd org asli yang tunggu ust di rumah k.mah..jam 8.30 mlm kami bertolak keluar daripa kuala betis utk ke bandar gua musang..kami bermalam di Kesedar Inn..

17 mei 2010(isnin)
kami bersarapan di bandar gua musang dan jam 10 pg kami check in drp Kesedar Inn dan bertolak pulang ke Kota bharu..kami tiba di pasir mas utk menghantar k.da jam 1.30 tghari dan 'yik' tiba di rumah padfa jam 2.30 ptg..ust dan abg man menghantar kami sOrang demi sOrang di rumah masing-masing...

inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup ini..kami rasa amat seronok dengan ziarah dakwah ini..mOga2 pengalaman ini kami dapat semadikan dalam diri dan kami bersedia utk melaksanakan dakwah yang seterusnya...part yg seterusnya akan menyusul kemudian..INSYAALLAH....

p/s: gambar akan dimasukkan kmdian...

Friday, May 7, 2010

alam seketika

bismillahirrahmanirrahim...

cuma sekadar perkongsian dengan sahabat2 seperjuangan..
pada 3 mei yang lalu merupakan hari pertama ana berada dalam dunia praktikal..alhamdulillah,tiada permasalahan yang timbul pada hari pertama..seawal pagi ana bersama dua orang kawan yang akan bewrpraktikal di tempat yang sama pergi mendaftarkan diri di Majlis Agama Islam danm Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) dan kami ditemukan dengan ketua setiausaha MAIK iaitu Tuan Hj Hamat seterusnya kami ditempatkan di Bahagian Agama yang akan menguruskan hal ehwal dakwah dan masjid..mungkin banyak pengalaman yang boleh kami ambil bila berada di unit dakwah sesuai dengan pengajian kami di UKM..alhamdulillah, waktu itu ana dikurniakan 3 orang saudara yang baru iaitu kakak2 dari USIM yang sedang berpraktikal di tempat yang sama..cuma sedihnya kami sempat bersama2 selama 4 hari sahaja..kerana tempoh mereka berpraktikal berakhir pada 6 mei..walaubagaimanapun,ukhuwah tetap di hati...

setiap ari ana didedahklan dengan kerja2 yang berkaitan dengan dakwah selain ana juga menOlOng staf2 yang lain seperti melakukan fOtOstat, mengedar teks khutbah kpd msjid2 di bawah kelOlaan MAIK dan sebagainya...walau ia hanya kerja yang simple, tetapi ia memberi pengalaman kpd ana terutama kpd plajar yang melakukan praktikal...mOga2 ia dapat dipraktikkan apabila kami benar2 berada dlm dunia pekerjaan..apa yang pasti, kakitangan2 di bahagian agama semuanya baik2 dan peramah..mOga tiada masalah bagi kami pelajar praktikal utk terus menimba ilmu dan pengalaman....

p/s : kpd k.ilah, k. fizah dan k.asiah, mOga kalian berjaya di luar sana...teruskan perjuangan...walaupun seketika, tetapi ukhuwah tetap di hati....

ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah krn Allah...wlaupun sesaat...

Thursday, April 22, 2010

INFO!!!


Golongan Ahli Neraka dan Syurga

firman Allah s.w.t dalam surah An-Naba' ayat 18 : " iaitu hari(yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah,apa maksudnya ayat ini?" maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. lalu baginda menjawab, " Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan . 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :

1) mereka yg tidak mempunyai kaki dan tangan. ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2) mereka yg menyerupai babi. ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah2kan solat lima waktu. 3) mereka yg perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. inilah balasan bagi mereka yang enggan membayar zakat. 4) mereka yg keluar darah dari mulutnya. inilah balasan bagi mereka yang berdusta. 5) mereka yg berbau busuk seluruh badannya. ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 6) mereka yg dicincang-cincang pd tengkuk dan bahu. ini adalah balasan mereka yg menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 7) mereka yg keluar dgn tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 8) mereka yg keluar dlm keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. ini dalah balasan mereka yg berzina serta mati sebelum bertaubat. 9) mereka yg berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. ini balasan mereka yg memakan harta anak yatim secara zalim. 10) mereka yg kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. ini adalah balasan mereka yg berani melawan kedua ibu bapanya. 11) mereka yg buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

dan satu golongan yg masuk syurga ialah :

12) mereka yg wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim pantas seperti kilat. ini dalaha balasan org yg beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.....

p/s: semOga kita boleh jadikan ia sebagi iktibar dan panduan untuk kehidupan kita..selamat beramal..dOa mOga kita semua tergOlong dlm golOngan yg ke12....i'ALLAH....

Wednesday, April 14, 2010

SEKADAR PERKONGSIAN

Pendekatan Rasulullah s.a.w dalam Dakwah Terhadap Non-Muslim

1) mengadakan majlis jamuan makan - wasilah utk menyampaikn mesej dakwah kpd mad'u
2) ziarah - menziarahi org2 sakit, sahabat handai dan sbgnya
3) berhijrah - hijrah ke Ta'if, Habsyah dan Madinah
4) menghantar delegasi dakwah dan surat - hntr surat kpd pemerintah Rom dan Parsi menyeru kpd Islam dgn seruan "Aslim Taslam"
5) menubuhkan negara - penubuhan negara Madinah yg lngkap dgn perlmbagaan bertulis
6) sabar dan tawakal - senjata dalam dakwah dan menjadi satu kaedah yg berkesan utk menangkis musuh spt firman Allah s.w.t " ولربك فاصبر "( al-Muddatthir : 7 )

Rasional Pelaksanaan Dakwah Non-Muslim

a) kesejagatan risalah Islam - firman Allah s.w.t " وما ارسلناك إلا كآفة للناس بشير ونذير " ( surah Saba' : 28 )
b) merealisasikan konsep khilafah dan ubudiyyah -
c) membentuk masyarakat mulia

Pendekatan Berhikmah dalam Dakwah

1) penonjolan imej baik umat Islam - kejiranan, ta'awun dan sbgnya..firman Allah s.w.t " وإنك لعلى خلق عظيم " (al-Qalam : 4 )
2) bengkel-bengkel kesedaran dakwah
3) dialog antara kepercayaan - dialog antara tokOh2 Islam dgn masyarakat non-Muslim agar mereka memahami Islam
4) peranan media - penyebaran maklumat perlu dibuat secara lbh bijaksana dan tdk bersifat prOvOkatif
5) galakan kewangan diperuntukan utk prgram dakwah
6) pengajian disiplin dakwah - subjek dakwah menjadi subjek yg pntng kearah melahirkan tenaga terlatih dan berkepakaran dlm bidang dakwah spt UKM,UM,USIM

Saturday, April 10, 2010

PERINGATAN!!!

ayat kat bawah sekali tu yg buat x sanggup nak simpan tanpa forward tu..bce la sampai hbis wahai shabt...
Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir
Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya...

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu....Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu...
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu...
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun