Thursday, July 4, 2013

مصر دالم دوعا

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita.. Sesungguhnya, kita adalah antara yang beruntung kerana masih dapat meneruskan kehidupan yang cukup sempurna ini.. Tapi bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang berada di Palestin, Syria dan Mesir?? Adakah mereka juga merasai kehidupan yang cukup sempurna?? atau mereka berada di dalam kesusahan?? Semestinya mereka juga mengharapkan kehidupan seperti kita..

Sedang enak dibuai mimpi, setelah terjaga dari lena yang panjang kita telah dihidangkan dengan berita yang cukup menyedihkan iaitu Presiden Mesir Dr. Mursi telah digulingkan oleh tentera Mesir yang telah dipergunakan oleh kuasa Barat bagi menentang pemerintahan Ikhwanul Muslimin. Dr.Mursi terpaksa akur dengan menyerahkan kuasa pemerintahannya demi mengelakkan berlakunya lebih banyak pertumpahan darah yang akan mengorbankan rakyat Mesir..Walaupun Dr.Mursi telah dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya, tetapi tetap berlaku rampasan kuasa kerana ketidakpuasan hati pihak rejim Israel yang gagal untuk memerintah Mesir.. Mereka telah mempergunakan tentera dalam rampasan kuasa ini..

Apa yang kita ketahui, kejatuhan Dr.Mursi adalah dari pengkhianatan dan bukan atas kehendak rakyat umum seperti yang telah berlaku kepada Mubarak.. Apa yang kita harapkan adalah, semOga Allah memberi kekuatan kepada Dr.Mursi dan pengikutnya serta ahli Ikhwanul Muslimin untuk berhadapan dengan masalah ini.. Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di medan perang, tetapi usaha yang kecil dengan menghulurkan bantuan berbentuk dOa kepada mereka cukup berharga dan besar nilaiannya..Dengan kuasa rakyat yang ada, serta bantuan daripada Allah SWT boleh menggulingkan pemusnah Islam.. Takbir!! In Sha Allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat Mesir pasti akan terus bergerak.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Marilah sama-sama kita bermunajat berdOa serta melaungkan qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Mesir khususnya dan seluruh umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia amnya..Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin serta barisan pimpinan Dr.Muhammad Mursi dalam menghadapi kemelut yang melanda

p/s : jangan lupa amalkan bacaan qunut nazilah setiap kali selepas sOlat setiap hari..ia adalah sekecil-kecil usaha kita, tetapi sebesar2 pengOrbanan demi kemenangan Islam..Takbir!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين فى مصر

                                                              Allah PASTI Bersamamu...

                                                            Catatan Seorang Isteri....

Doa Qunut Nazilah...

Wednesday, June 26, 2013

:)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Apa khabar semua?? Saya harap semuanya sihat sentiasa  la ye. Erm, dah lama rasanya tak mengupdate blog ini.. Sibuk katakan.. Alhamdulillah, arini masih sempat bukak blog ni dan walaupun tak de apa yang nak diupdate kan, tapi saya cuba la untuk berbicara sedikit cuma..ceewah ayat, tak tahan betOl la..

 Ok, arini dan 26 Jun, bersamaan dengan 17 Syaaban 1434H, makanya ini bererti tinggal 13 hari lagi untuk kita semua menuju ke madrasah ramadhan.. Bulan yang dinanti setiap tahun.. In Sha Allah, mudah-mudahan kita semua akan bulan ramadhan.. Apa yang pasti, ia adalah ramadhan yang sama, tetapi natijahnya adalah berbeza..

Mudah-mudahan ramadhan tahun ini lebih baik dan kita lebih bersedia untuk meneruskan ibadah di bulan ramadhan..kurangkan segala perkara yang tidak bermanfaat, dan lebihkan amal ibadah..In Sha Allah, ganjaran menanti kita... RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA...

p/s : sebelum ramadhan tiba, berbaki bulan syaaban ni jOm kita "warming up" dulu deh... tiba bulan ramadhan nanti, kita dah bersedia sepenuhnya...:)


Saturday, June 15, 2013

( ^ _ ^ )

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..tidak ada daya bagi ku kecuali Engkau Ya Allah..bersyukurlah kerana kita masih dibangkitkan dan masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan ini..apa yang penting adalah, semOga hari ini lebih baik dari semalam..In Sha Allah..

Dah seminggu saya tidak meng'update' blog ini..tetibe je pagi ni rasa rajin lak..makanya, ingin la kOngsi serba sedikit apa yang berlaku dalam tempOh seminggu ini..Ha, mesti sahabat2 tahu kan kelantan tuan rumah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan untuk kali yg ke 56?? Erm, alhamdulillah majlis tersebut berjaya dilaksanakan selama 5 hari 4 malam di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang bermula pada 10 Jun sehingga 14 Jun..Malam tadi saya sempat melihat majlis penutup dan pengumuman keputusan untuk Pertandingan tilawah Al-Quran yang disertai oleh wakil qari dan qariah dari seluruh Malaysia yang mewakili negeri masing-masing..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua peserta..Walaupun kalian bukan qari dan qariah, tetapi kalian tetap menang dalam pembacaan Al-Quran..kerana tak semua orang mampu membaca seperti kalian.. Tahniah dan Takziah kepada jOhan Qari 2013 iaitu Saudara Anuar Hasin dari Negeri Perak Darul Ridzuan serta jOhan Qariah 2013 iaitu Saudari Hanimzah Jalaluddin dari Negeri Pahang Darul Makmur.. Selepas ini mereka akan mewakili Malaysia untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan lak.. Semoga berjaya untuk Qari dan Qariah Malaysia..

Selain MTQ ni, kat KB ada 1 lagi program yang masih berlangsung sekarang iaitu KARNIVAL WALK WITH ME.. salah satu program walkaton D'Raja Kelantan.. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 13 Jun sehingga 15 Jun di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV..Pelbagai acara menarik yang dilangsungkan termasuk jualan ekspo daripada usahawan-usahawan Negeri Kelantan.. Sape2 yang belum lagi pergi, bOleh la p cuci2 mata bersama keluarga atau rakan taulan..

Ok, selesai program yang berlangsung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan..Nak tahu ada lagi tak program minggu depan, kena tunggu minggu depan la yea.. In Sha Allah saya akan cuba update setakat yg termampu.. Haa, saya terlupa nak kOngsikan tentang hari BAHAGIA sahabat karib saya pada 1 Jun aritu..Erm, dah kawen pun dia.. Saya sempat merasa berada di hari bahagianya..Walaupun penat, tetapi kita enjOy demi sahabat kita.. Walaupun saya x buat apa-apa kerja, cuma p jadi penyibuk je tapi sekurang-kurangnya saya dapat menemani tetamu makan.,kikikiki..kiranya asyik makan dan tangkap gambar je la aritu..Jurukamera pun kena la bersabar dengan kami.. Pape pun, saya dOakan dia bahagia dan bercinta hingga ke syurga..tak nak sampai anak cucu je..SemOga Allah memberkati hubungan dan kasih sayang mereka.. Puan Farah Nadia & Encik Idris ..











p/s : macam biasa akan dihidangkan dengan gambar sebagai tatapan bersama...keh3..last but nOt least, saya bukan nak perasan tau, tapi saya nak gtau saya dan asma ni mak andam terjun tau..keh3

Sunday, June 9, 2013

SEJENAK BERSAMA.....

Assalamualaikum dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi dipertemukan dalam ruangan ini..syukur kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berjuang dan berdakwah walau dengan apa jua cara sekalipun.. Ermmm, nampaknya dah lama saya tak update blog ni.. Al-maklumlah, sekarang ni sy sedikit kesibukan..tak sempat nak menaip banyak-banyak.. teman2 apa khabar semuanya??harap-harap teman semua dalam keadaan yang baik ye.. Haaa, rasanya dah banyak makluman yang tak sempat saya khabarkan..tapi saya harap anda dapat khabar tersebut daripada sumber yang lain ye..

Ermm, teman2 nak tahu tak, masa 26 mei yang lalu saya dan sahabat perjuangan ada berlaku sedikit perpisahan..cewaahh, ayat bukan main lagi kan??huhuhu..Maksud ayat saya tu ialah kami kehilangan seorang sahabat..bukan hilang entah ke mana tau, cuma berpisah tempat sahaja..dia perlu teruskan kehidupannya di luar sana.. Walaupun hanya 4@5 bulan sahaja tempoh kami bersamanya, tapi ia cukup mengajar kami erti persahabatan dan susah senang bersama.. Pengalaman kami berprogram bersamanya memberikan impak yang sungguh besar apabila kami terpaksa berpisah dengannya.. Walaubagaimanapun, hati-hati kami semua tetap bersamanya walau jauh mana pun kami dipisahkan..Ceewaah..

Terima Kasih syamsul kerana layan dengan karenah staf2 ni..kami adalah pelik, tapi benar..tiada yg mustahil bagi kami kerana kami bersatu hati...Sekarang ofis dah sunyi sikit tak sebelum ni yang cukup bising dengan telatah dan gelak tawa setiap orang..Inilah persahabatan kami iaitu [syamsul, salman, farah, k.ayu dan wanie]..

*nanti saya akan upload skali dgn gambar sepanjang kami bersama..keh3





Thursday, May 23, 2013

TTEMU MATO!!!

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..untuk nikmat kehidupan hari in..pejam celik pejam celik, dah masuk 13 rejab ye..sungguh cepat masa berlalu..48 hari lagi menuju ke medan Tarbiyyah Ramadhan..Allahu Rabbi..mudah-mudahan sampai ke medan tersebut..Dah lama rasanya saya tidak menulis..seminggu kOt..berehat menghilangkan keserabutan fikiran sementara..hehehhe..

Ermmm..saya nak kOngsikan sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat-sahabat anak muda Pengkalan Chepa membuat ziarah ilmu ke kediaman Tok Guru..ataupun dikenali sebagai ttemu mato denge tok guru..Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menunggu sedikit lama untuk bertemu beliau, akhirnya penantian kami membuahkan hasil..Sesiapa yang bersabar, pasti akan mendapat ganjarannya.. Dalam pertemuan tersebut, TGNA berkongsi serba sedikit tentang perjuangan..Menurut beliau, anak muda tidak sepatutnya lemah dengan ujian, cacian, tetapi perlu mengambil iktibar daripada kisah2 Nabi sewaktu berdakwah..

Menurut TGNA lagi, Islam ini Syamil (Syumul) yakni menyeluruh..Bukannya separuh-separuh..Solat maghrib dan subuh, tapi tak solat zohor, asar dan isyak.. Kita ini adalah ummatul ijabah, iaitu golongan yang menerima seruan Nabi s.a.w serta beriman kepada Allah s.w.t.. Sebab itu di dalam Al-Quran disebut 'Wahai orang-orang yang beriman' dan tidak disebut 'Wahai orang-orang Islam'...

Walaupun TGNA hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk kami meneruskan lagi perjuangan ini... Sungguh, Islam ini adalah satu anugerah kepada setiap manusia dan hamba Allah yg hidup di dunia ini.. Ramai daripada kita pada hari ini Islam hanya pada nama tetapi tidak pada perbuatan.. Sama-samalah kita berdOa semoga kita menuju jalan yg lurus dan benar..

sumber : Jib Binjai

Terima Kasih TGNA kerana sudi menerima kunjungan daripada kami... WE LOVE TOK GURU

*sedikit gambar untuk tatapan sahabat-sahabat





Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi.. Sobahul khair

Alhamdulillah..akhirnya, tiba juga 16 Mei..dah lama saya tunggu..Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan diberi nikmat kehidupan..Syukur..

Ingat tak 16 Mei ada apa??Haaaa..Jangan lupan..16 Mei tiap tahun adalah HARI GURU..mesti sekOlah2 akan buat sambutan hari guru ni..Sama la jugak dengan sekOlah saya..tapi kami tak buat tarikh tu, kami lewatkan sedikit kerana pada tarikh ini kebiasaannya pelajar2 sedang menduduki peperiksaan..Sekarang pun  adik2 sekolah saya tengah berperang dengan mata pena..mudah2an mereka berjaya.. Kebiasaannya, dalam sambutan hari guru ni macam-macam aktiviti yg diadakan...Semua itu adalah untuk menghargai jasa dan pengOrbanan seorang guru..Tanpa mereka. mungkin susah untuk berjaya..

Sempena dengan Hari Guru hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik saya sejak kecil hingga dewasa.Tetapi hakikatnya, guru yang paling besar pengorbanannya adalah IBU saya.. kepada cikgu2, ustaz ustazah terutama di SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, terima kasih kerana menjadikan saya seorang manusia yang berjaya..Juga kerana banyak bersabar dengan karenah saya...Hakikatnya saya pelajar yang baik..nakal tu kadang2 je..hehhehe.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian..In Sha Allah..saya sayang cikgu2 saya.. Sedikit bingkisan puisi (kot) yang pernah saya buat dan masukkan dalam Majalah sekOlah tentang Guru beberapa tahun yang lalu..:-

FROM THE BOTTOM OF MY HEART :)

From the bottom of my heart,
Thanks fOr all yOur kindness,
And being sO suppOrtive teacher,
Like thousand of blossoms,
Bloom on their branches..

From the bottom of my heart,
Thanks for being so patient,
Like a mother with ten children..

From the bottom of my heart,
Only God will bless yOu,
For what you're dOne fOr me..

Only God will bless yOu,
For all yOur care tO me,
Even though I make mistakes,
I see that you're always there fOr me..

For that, teacher,
I will LOVE yOu fOrever!!!!







Wednesday, May 15, 2013

( ^ _ ^ )

Assalamualaikum Wbt dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..saya masih berdaya untuk menulis..syukur alhamdulillah..sesungguhnya, nikmat ini adalah kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNYA..kejap sahaja masa berlalu..pejam celik pejam celik, dah 5 rejab..sungguh pantas ia berlalu.. " Demi Masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..melainkan orang-orang yang  beriman dan beramal sOleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.." (Al-Asr : 1-3)

Dah masukwaktu asar..sahabat2 dah solat ke belum??kalau belum bolehlah tunaikan kewajipan dulu sebelum melakukan kerja-kerja lain..in sha Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dan diberkati..Sesungguhnya, tidak ada daya dan kekuatan bagi ku melainkan Allah..Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk menolak TAKDIR dan kita tidak dapat tidak akan diuji dengan pelbagai ujian..Boleh jadi ujian itu yang mampu dilihat dengan mata kasar..dan boleh jadi juga ujian melalui perasaan hati..Resah dan gelisah juga boleh dikatakan sebagai satu ujian...

Tapi jangan bimbang..Setiap yang berlaku pasti ada penawarnya..saya ingin kOngsikan dOa yang boleh dibaca bilamana kita berada dalam keadaan resah dan kesedihan..In Sha Allah ia dapat merawat hati kita daripada kesedihan itu.. Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga berada dalam tekanan, amalkan dOa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.. Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa.. Dan kesedihan itu juga ibarat demam yang membuat tubuh mejadi lemas dan tak berdaya kerana ia memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.. Jadi, bagi mengatasinya sama-samalah kita amalkan dOa ini dan cuba melawan perasaan tersebut...






Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!





Tuesday, May 14, 2013

MOMENT OF GE 13

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi sahabat sekalian..

Alhamdulillah..dah masuk 4 rejab ye..sungguh pantas masa berlalu..pejam celik, pejam celik kita dah berada di bulan rejab..lagi 2 bulan nak memasuki gerbang Ramadhan..in sha Allah..mudah-mudahan kita semua akan disampaikan Allah untuk bulan ramadhan itu..

Saya sebenarnya xdek pape yang nak dikongsikan buat masa ini..cumanya sedikit kenangan yang sempat didokumentasikan melalui gambar sepanjang berlangsungnya PRU 13 atau GE 13..lagi 5 tahun kita akan berhadapan dengan PRU 14..ayuh kita persiapkan sekarang...

jOm sama-sama lihat serba sedikit gambar yg ada dalam simpanan saya..In Sha Allah, ia akan menjadi kenangan saya hingga ke anak cucu nanti...

Penamaan Calon di SMK Pengkalan Chepa bagi Parlimen Pengkalan Chepa



Sambil menunggu, sambil melaungkan zikir..Allahu Akbar


Ceramah Berkelompok..Calon Parlimen PC


Flashmob Anak Muda PC


Persiapan bahan-bahan untuk Flashmob dan sebar risalah..gO gO gO


Model Undilah PAS


Dapat baju t-shirt sehelai


Suasana di Pos Panas PAS sewaktu hari pengundian..


Undilah PAS


Warga Kerja Pos Panas PC


Dikunjungi oleh calOn Parlimen PC PAS


Makan setelah penat bekerja


Kami tetap bersama..


DCC yang paling semangat...

sekian, terima kasih...